"Rakan Baik"

21 March 2014

Hai..Hai...

Dah lama tak update blog..buat masa sekarang ni banyak sangat urusan iera.Maklumkan uruskan rumah tangga lagi,suami duk jauh..uruskan 2 orang anak lagi dan dah mula berjinak-jinak dengan bisnes lak.
Alhamdulillah,seronok sangat2 bile dah ada dua orang anak ni..kalau dulu,perhatian pada Adam Darwisy sorang tapi sekarang pada Aniq Danish sekali..Penat tu memang la penat tapi ajaibnya tuhan berikan kekuatan kepada kaum ibu cam iera ni.Walaupun penat,tapi bile balik rumah dan buat keje cam tak percaya iera boleh uruskan anak-anak dengan baik walaupun sorang diri.Ape yang penting kena sentiasa percaya Allah sentiasa ada dan Die lah yang memudahkan segalanya bagi kita.Setiap yang berlaku hanya ketentuan dariNya..Allah tahu mana yang terbaik untuk hambaNya..Alhamdulillah,Iera bahagia sekarang..

ok la,kalau ade sape-sape yang nak order shaklee dengan iera..boleh PM iera k..Iera nak harga paling rendah je.tak pun,kalau nak terus beli dengan shaklee, leh pakai ID iera ni 1093260.


06 March 2014

(mesti baca) - Terlalu Lama Untuk Wanita

1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat - urat sekitar kaki menjadi
kembang. Liang vagina sentiasa basah.

2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi
penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi
tidak teratur dan tidak menentu masanya.

4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor
dari kebiasaannya.

5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga.. Menjadi pemalas. Jauh jodoh.
Selalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah
dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira - merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada
liang vagina.

7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut.
Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau
tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

10.. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh
mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala
kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang
terlebih.

13. Terlalu banyak makan - merosakkan pe ncernaan. Mudah mengalami keletihan,
malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak
'ragam' lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan
liang vagina)

14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan
dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit
& tidak kelihatan awet muda

15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang
terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai
penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif    



 16. Terlalu banyak baca blog- nanti bos marah. Habis tu dah x buat keje lain selain dok baca blog je. hee...he...

04 March 2014

kenapa mesti cium anak



Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar
kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah
akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat
syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah
sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang
menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali
ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat
daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung
tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya
itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah
aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan
disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganyadan
dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang
yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? "
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak
terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam bissawab
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...