"Rakan Baik"

15 January 2014

Produk Sewaktu Mengandung

Walaupun dah terlewat sehari untuk ucapkan "Selamat Menyambut Maulidur Rasul" tak bermakna iera lupa pada hari tersebut kan..Bukan sekadar Hari Maulidur Rasul sahaja kite diajak untuk berselawat keatas junjungan besar kite Nabi Muhammad s.a.w yang tercinta.Jadi,sama-sama la kite sentiasa basahkan lidah kita dengan berselawat dan berzikir pada setiap masa..

Alhamdulillah,Hari ni dan masuk 55Hari iera berpantang..Macam-macam pengalaman yang iera nak kongsikan pada kawan-kawan dan sebagai ingatan diri iera sendiri.Sedar tak sedar rupanya dah banyak sangat yang berlaku hanya dalam tempoh yang singkat ni.Apepun,ada masa terluang nanti iera akan ceritakan satu demi satu balik k.

Mukadimah dah panjang gile iera oooiii,ape yang ko duk mengarut tu..So,lets straight to the point je la..atas permintaan seseorang,entry kali ni iera nak kongsikan dulu mengenai produk yang iera ambil sepanjang iera mengandung dan berpantang.Pasni iera janji akan kongsikan cite pasal pengalaman sepanjang iera mengandung dan berpantang dl..

Produk yang iera ambil masa mengandung dulu adalah..SHAKLEE...bukan sekadar nak promote tapi nak cite pasal kebaikan produk ni dulu.
 (hahahhahhaha...yo laaa..yo laaaa,iera kan tengah buat bisness shaklee ni tu yang promote sekali tu..wahahahha..)

Ape yang buatkan iera suka tentang Shaklee ni?

- Sebab masa iera mengandung anak ke 2 ni :-
1.iera alahan teruk.
2.iera riisau sangat berat badan naik terlalu banyak cam anak pertama dulu
3.History family ada kencing manis dan kebarangkalian besar iera akan ada diabetis masa mengandung
4.Produk shaklee ni natural dan dijamin selamat.
5.Terpengaruh dengan rakan-rakan
6.Mesti la lepas baca pasal kebaikan shaklee ni,iera berharap agar baby dan diri iera sendiri sentiasa sihat.
7.Ada yang bagitahu kalau minum esp shaklee,kulit anak leh jadi gebu dan putih (Sape taknak anak gebu kan?hihihii...walaupun en suami tak berapa nak gebu (ampun ye,darlingku cayang)

So,ape yang berlaku lepas iera amalkan shaklee ni masa mengandung??

Answer: Iera start ambik shaklee masa usia kandungan 7 bulan..sebab ada kawan cakap jangan ambik awal2 nanti ade effect n macam2 lagi (i dont know betul ke tak tak yang pasti memang iera cepat sangat terpengaruh dengan kata-kata orang..aduhaiii).Tapiii,B complex shaklee iera dah start ambik masa 4 bulan okey.....

Ceritanya..Badan iera memang rase lebih Segar dan kalau masa mengandung anak pertama dulu,iera ada macam-macam masalah cam hypertension start 7 bulan,anemia masa nak bersalin dan macam-macam lagi.Kali ni semua tu dah takde dan jangan tak percaya iera leh pergi keje sampai ke minggu 38.huh,sungguh tak percaya kan, sebab masa anak sulung dulu.start 33minggu iera dah bercuti.huhuhuhuhuu..

Ape yang berkesan :-

1.Badan rasa lebih bertenaga
2.muntah-muntah berkurangan
3.emosi lebih stabil
4.Berat badan tak naik sangat cam sebelum ni
5.Hb pun cantik
6.cramp kaki pun 2 3kali je seminggu,tu pun cramp biasa je..tak la sakit sangat cam sebelum ni sampai 3 hari sakit bekas cramp tu.
7.muka lebih berseri-seri dan tiada lagi masalah pagi2 nak fikir nak sarapan apa sebab dah minum esp awal-awal pagi.
8.Of course la suami semakin sayang..hahhahaha..
9.Boleh uruskan anak dan rumah macam tak mengandung (maklumlah berjauhan dengan suami,semua kena buat sendiri)
10.Hati senang dan badan cergas..

Walaupun begitu,memang benar..kuasa minda tu memang sangat penting,iera setkan pada diri percaya pada ketentuan Allah dan berusaha untuk dapatkan sesuatu.Iera berharap bersalin normal tapi mungkin bukan rezeki iera.Apepun iera dah berusaha....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...