"Rakan Baik"

29 January 2014

Sewaktu melahirkan Aniq Danish

salam sayang semua..

Ape jela iera ni..dah terlewat sangat dah nk cite pasal bersalin dulu pun..takpe la,apepun ni sebagai ingatan diri iera jugak kan?lewat pun lewat la..

mengandungkan anak ke 2 kali ni iera kuat sikit..nak diceritakan smpai sehari sebelum bersalin tu pun sempat g ofis lagi..kire sangat excelent la tu untuk iera..hihi..yela,masa pragnen darwisy dulu sebulan awal kot iera dah start bercuti..haahhaha..

nak dijadikan cerita,pagi rabu 20 november,iera dah start rasa sakit tapi kuatkan semangat coz nakkk sangat bersalin normal...harap mudah bersalin..tengahari dah rasa tak sedap hati,mintak izin dengan bos untuk balik rehat kat rumah..sampai rumah,darwisy makin manja sangat cam die dah tahu je adik die dah nak lahir..die datang dan peluk cium lama2 mummy die ni..pastu kami tertido,darwisy dah lena tapi iera duk berulang ke tandas..asyik nak kencing dan sakit perut je..terus mesej en suami inform..en suami cakap nak terus balik tghri tu tapi tak sempat coz ade meeting,so en suami cakap petang lepas keje die balik ke shah alam..akhirnye pkul 7 baru habis meeting..so,tak jadi la balik ke shah alam kan..

malam tu perut makin memulas-mulas dan iera asyik ke tandas lagi,dah tak tahan sangat pkul 6 pagi masej en suami inform lagi.pagi tu jugak en suami bertolak ke shah alam.alhmdulillah pkul 12 sampai ke shah alam..en suami rehat dulu danpukul 3 kami ke klinik rosli seksyen 18 untuk check..aduhai,rupanya tanda2 sakit ni pun salah satu tanda dan nak bersalin.iera ingatkan kalau dah turun darah atau pecah ketuban je..sempat balik rumah dulu dan solat.kami decide lepas magrib baru nak ke hospital tapi cam malas je..nak tgu isyak dulu la dah alang2 waktu isyak awal.

lepas isyak kami ke KPJ Selangor..sampai je kat sana,iera mintak izin untuk ke tandas dulu cz nak kencing sgt2..Nurse datang check tekanan darah dan lepas 5 minit,Runner datang bawak wheel chair bawak klabour room.check jalan rupanye dah 4cm..alamak,contraction dah makin kerap dan makin kerap iera rasa nak kencing.after 30 minit Dr.Siti Esah Bahari sampai..Masa tu iera dah makin sakit pada bahagian pembedahan yang lepas (masa lahirkan adam darwisy setahun yang lepas) lagi-lagi masa contraction.Inform pada doktor dan Dr cakap risiko memang sangat tinggi jika bersalin normal..risau rahim pecah.bincang jap dengan en suami..so,kami buat keputusan untuk sekali lagi pembedahan sahaja..

Persiapan terus dibuat dan iera ditolak ke OT..masa tu badan dah start terketar..tak tahu kenapa.masa nak lahirkan adam darwisy dulu pun sama.Masa kat bilik OT,pakar bius terangkan pada iera mengenai prosedur bius yang akan dijalankan dan minta tandatangan.tak sampai 5 minit terus ke OT dan after 20minit tepat jam 11.02 pm,seorang lagi ummat Muhammad s.a.w dilahirkan.Alhamdulillah,semuanya selamat..Yang bestnye semasa proses pembedahan dijalankan iera sedar,iera dapat rasa semasa proses untuk keluarkan Aniq Danish..Syukur Alhamdullah,Pakar kanak-kanak Dr.Yasmin yang sambut Aniq Danish.Semuanya berjalan lancar dan kami selamat.

Penjagaan Sewaktu di wad pun sangat bagus walaupun kami tak dapat duk bilik single..semua bilik dah penuh.so,duk je la bilik untuk dua orang.kesian en suami sebab terpaksa tido kat surau je..Penjagaan dan cara kerja Dr.Siti Esah Bahari pun sangat bagus dan profesional..Iera tak tahu kenapa setiap kali jumpa Dr.Siti mesti iera jadi lupe semua soalan yang iera nak tanya doktor..aduhaiii...Apepun,anak ke 3 nanti..insyaAllah akan dapatkan khidmat Dr.Siti Esah Bahari gak.Doktor yang sangat profesional,personaliti yang tenang,dan sangat teliti.Sayang Dr.Siti Esah Bahari dari kami sekeluarga..muah..muahh..pengalaman bersalin kali ni jauh beza dari yang sebelum ni..Hari ke 3 iera dah leh berjalan dengan selesa tp dengan bantuan binder yang Dr. rakemenkan la..hihihihi..

Oklah,dah panjang lebar bercerita,ntah orang nak baca ke tajk kan..xpela,janji nanti iera leh baca dan ingat balik semua ni..aniq danish dan adam darwisy,bile dah leh membaca nanti,sila baca gak tau.

note : tarikh bersalin Adam Darwisy 13.1.2012,jam 11.29 a.m @ HSNZ,Kuala Terengganu
         tarikh bersalin Aniq Danish      21.11.2013,jam 11.02 p.m @ KPJ Selangor

Bil Hospital : RM10450 tidak termasuk binder..binder RM140..tapi rasenya sangat berbaloi dengan khidmat yang diberikan.
         

15 January 2014

Produk Sewaktu Mengandung

Walaupun dah terlewat sehari untuk ucapkan "Selamat Menyambut Maulidur Rasul" tak bermakna iera lupa pada hari tersebut kan..Bukan sekadar Hari Maulidur Rasul sahaja kite diajak untuk berselawat keatas junjungan besar kite Nabi Muhammad s.a.w yang tercinta.Jadi,sama-sama la kite sentiasa basahkan lidah kita dengan berselawat dan berzikir pada setiap masa..

Alhamdulillah,Hari ni dan masuk 55Hari iera berpantang..Macam-macam pengalaman yang iera nak kongsikan pada kawan-kawan dan sebagai ingatan diri iera sendiri.Sedar tak sedar rupanya dah banyak sangat yang berlaku hanya dalam tempoh yang singkat ni.Apepun,ada masa terluang nanti iera akan ceritakan satu demi satu balik k.

Mukadimah dah panjang gile iera oooiii,ape yang ko duk mengarut tu..So,lets straight to the point je la..atas permintaan seseorang,entry kali ni iera nak kongsikan dulu mengenai produk yang iera ambil sepanjang iera mengandung dan berpantang.Pasni iera janji akan kongsikan cite pasal pengalaman sepanjang iera mengandung dan berpantang dl..

Produk yang iera ambil masa mengandung dulu adalah..SHAKLEE...bukan sekadar nak promote tapi nak cite pasal kebaikan produk ni dulu.
 (hahahhahhaha...yo laaa..yo laaaa,iera kan tengah buat bisness shaklee ni tu yang promote sekali tu..wahahahha..)

Ape yang buatkan iera suka tentang Shaklee ni?

- Sebab masa iera mengandung anak ke 2 ni :-
1.iera alahan teruk.
2.iera riisau sangat berat badan naik terlalu banyak cam anak pertama dulu
3.History family ada kencing manis dan kebarangkalian besar iera akan ada diabetis masa mengandung
4.Produk shaklee ni natural dan dijamin selamat.
5.Terpengaruh dengan rakan-rakan
6.Mesti la lepas baca pasal kebaikan shaklee ni,iera berharap agar baby dan diri iera sendiri sentiasa sihat.
7.Ada yang bagitahu kalau minum esp shaklee,kulit anak leh jadi gebu dan putih (Sape taknak anak gebu kan?hihihii...walaupun en suami tak berapa nak gebu (ampun ye,darlingku cayang)

So,ape yang berlaku lepas iera amalkan shaklee ni masa mengandung??

Answer: Iera start ambik shaklee masa usia kandungan 7 bulan..sebab ada kawan cakap jangan ambik awal2 nanti ade effect n macam2 lagi (i dont know betul ke tak tak yang pasti memang iera cepat sangat terpengaruh dengan kata-kata orang..aduhaiii).Tapiii,B complex shaklee iera dah start ambik masa 4 bulan okey.....

Ceritanya..Badan iera memang rase lebih Segar dan kalau masa mengandung anak pertama dulu,iera ada macam-macam masalah cam hypertension start 7 bulan,anemia masa nak bersalin dan macam-macam lagi.Kali ni semua tu dah takde dan jangan tak percaya iera leh pergi keje sampai ke minggu 38.huh,sungguh tak percaya kan, sebab masa anak sulung dulu.start 33minggu iera dah bercuti.huhuhuhuhuu..

Ape yang berkesan :-

1.Badan rasa lebih bertenaga
2.muntah-muntah berkurangan
3.emosi lebih stabil
4.Berat badan tak naik sangat cam sebelum ni
5.Hb pun cantik
6.cramp kaki pun 2 3kali je seminggu,tu pun cramp biasa je..tak la sakit sangat cam sebelum ni sampai 3 hari sakit bekas cramp tu.
7.muka lebih berseri-seri dan tiada lagi masalah pagi2 nak fikir nak sarapan apa sebab dah minum esp awal-awal pagi.
8.Of course la suami semakin sayang..hahhahaha..
9.Boleh uruskan anak dan rumah macam tak mengandung (maklumlah berjauhan dengan suami,semua kena buat sendiri)
10.Hati senang dan badan cergas..

Walaupun begitu,memang benar..kuasa minda tu memang sangat penting,iera setkan pada diri percaya pada ketentuan Allah dan berusaha untuk dapatkan sesuatu.Iera berharap bersalin normal tapi mungkin bukan rezeki iera.Apepun iera dah berusaha....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...