"Rakan Baik"

14 December 2013

Kehadiran Putera Ke 2.

Alhamdulillah..syukur..syukur..syukur..

Kini telah masuk hari ke 23 putera kedua kami,Aniq Danish.Tanggal 21hb November 2013,tepat jam 11.29 p.m di bilik pembedahan Hospital KPJ Shah Alam,Selangor.Walaupun kali ni tiada rezeki lagi untuk bersalin normal,iera tetap beryukur kerana dipermudahkan segalanya dan anak iera selamat dilahirkan.Terima Kasih banyak-banyak kepada Dr.Siti Esah Bahari kerana memberikan pengalaman yang sangat bermakna kepada saya.Next post la,iera ceritakan kembali camne pengalaman bersalin.Tapi yang pasti,iera sangat suka cara kerja Dr. Siti Esah.Orangnya yang tenang dan sangat profesional.Buatkan ieQQZra rasa selamat dan yakin.

10 hari pertama,iera berpantang di Shah Alam,dan sekarang iera sambung berpantang di terengganu.walaupun masih berjauhan daripada en suami sebab iera berpantang kat rumah mak kat dungun,atleast,setiap minggu kami dapat jumpa.en suami kerja kat kenyir,jarak perjalanan daripada tempat kerja en suami dan rumah mak iera hampir 2 jam perjalanan.So,en suami tinggal kat kuartes je.

Alhamdulillah,Aniq Danish tidak mengalami demam kuning/jaundis..iera bagi baby minum air zam-zam dan madu dan bagi susu badan banyak-banyak.Tapi...sedih,Aniq Danish berjangkit selsema dan batuk daripada nenek dan abang Darwisy.Sedih bila tengok sukarnya Dnish nak bernafas dan sakit/perit je nampak bile Dnish batukSekarang yang paling merisaukan iera,bila Danish bernafas dah dengar cam ada kahak.huhuhu..xnak sejarah abang Darwisy dulu berulang lagi kepada Danish.kesian anak-anak mummy..huhuhu..

Bercerita pasal Darwisy,sekarang ni die sangat-sangat buat perangai yang bermacam ragam yang membuatkan semua orang geram dan nak marah tapi mummy ambil langkah diamkan diri dan pujuk bila perlu sahaja.kesian tengok Darwisy asyik kena marah je.Mummy faham,abang nak perhatian dan masih tak bersedia untuk terima adik.Sabar ye sayang..tak lama lagi abang akan faham dan terima semua ni.

2 comments:

Atia Adina said...

tahniah ira .. yer lah darwish kecik lagi dah dapat adik ... harapnya ira dapat gak bg perhatian kat dia...

iera said...

Time kasih kak ad..huhu..memang sgt kesian tgk darwisy cz die mmg ank yg sgt manja n tdo.celah ketiak..tp tiba2 ada adik.mmg nmpk.sgt cam satu tamparan besar utk die.huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...