"Rakan Baik"

19 November 2013

19 November 2013 " Hepi Anniversary "

Alhamdulillah..

Alhamdulillah dengan rezeki yang Tuhan dah berikan kepada kami sekeluarga.Tak pernah terfikir kami akan mempunyai semua ni.

Walaupun disaat ini,daddy tidak dapat berada disisi kami tetapi mummy sgt bersyukur dengan rezeki yang telah tuhan berikan.Tidak berada disisi tidak bermakna,jauh dihati.

Daddy bagi mummy 2 orang permata hati (bodyguard) untuk hepikan mummy:-
-Adam Darwisy.

dan,insyaAllah bakal lahir :-

-Aniq Danish.(kami menunggu kelahiranmu,sayang)

1) Genap 3 tahun perkahwinan kami.
2) Status kerja dah tetap dan berpencen.
3) Dah masuk 38 minggu usia kandungan ni.
4) Anak dah nak masuk 2 orang.
5) Dah ada sebuah rumah teres area Shah Alam.
6) Kereta dah 2 buah dan 2 buah motosikal.

Syukur ya Allah dengan rezekimu..semoga ikatan perkahwinan dan kebahagian keluarga kami berkekalan hingga ke akhir hayat.Benar..setiap orang, rezeki masing-masing..

Note : Masih berdebar menanti kelahiran anak ke 2.Semoga segalanya dipermudahkan.Aminn..

Doa Seorang ibu : " Ya Allah,Permudahkanlah ummat Muhammad ini keluar daripada rahimku,kurangkanlah kesakitan bersalin ini agar ku tenang menghadapi saat-saat melahirkan.Juga lapangkanlah suamiku,agar sentiasa berada disisiku disaat-saat melahirkan zuriat ini.."


2 comments:

Alias said...

Tahniah.Selamat ulang tahun perkahwinan=)Ira dh beli rumh kat shah alam ke?

iera said...

alhamdulilah..dah beli kak.hehehehe..jenuh cari,ingatkan sape alias ni.rupanye kak shida..akak pe citer skrg ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...