"Rakan Baik"

04 February 2013

Alahai Adam Darwisy..

Kali ni Darwisy masuk wad lagi kerana demam berkahak yang sangat teruk daripada sebelum ni (bulan lepas)..sebenarnye dah 2 hari Darwisy tak dapat tido malam sebab tak dapat bernafas dengan baik dan tak selesa..so,hari yang ke 3 mummy masuk keje tapi hati still tak sedap mengenangkan Darwisy yang tak sihat kat rumah.Sebelum ni dah tiap2 hari berulang ke klinik Rosli,seksyen 18 untuk jumpa doktor dan ambk nebulizer (sedut gas untuk cairkan kahak)..tapi batuk,demam dan selsemanya masih lagi tak berapa nak ok.

So,tengahari tu mummy terus balik rumah balik ambik Darwisy dan bawak Darwisy ke KPJ Selangor sekali lagi untuk jumpa Dr.Hoe..Tak sempat sampai hospital,Darwisy dah muntah2 tak berhenti2 sampai la ke KPJ pun masih muntah2 sampai keluar muntah hijau.Masuk je bilik Dr.Hoe..terus doktor cakap kena masuk wad sebab kahak dah banyak sangat dan kena buat ujian darah untuk pastikan bebas denggi..

Tengahari tu,mummy bawak Darwisy buat ujian darah dan uruskan urusan pendaftaran masuk ke wad.Kali ni mummy mintak bilik single..selesa skit daripada bilik sebelum ni.Alhamdulillah,bilik ada kosong.Disebabkan tu,mummy mintak untuk bawak darwisy balik rumah dulu untuk ambik pakaian sebelum masuk ke bilik.Kalau tinggalkan kat wad dengan che de,lagi la Darwisy menangis lak kat situ..Alhamdulillah,semua urusan selesai dengan lancar walaupun daddy tiada disisi.

Malam tu doktor bgth lepas bagi nuebuliser,ada perkembangan positif .Mummy lega cz ingtkan Darwisy dah tak yah kena sedut kahak lagi (fisioterapi).Pagi esoknya lepas Dr.Hoe check lagi..katanya sila bersiap untuk ke unit fisiologi untuk sedut kahak..duuuuppp(berdebar dan sedih)....sebab kesiankan Darwisy yang akan menangis memintak tolong lagi masa kena tepuk dan sedut kahaknnya nanti..alahaiii..kesiannya anak mummy...(proses sedut kahak : wayar kecil akan dimasukkan kedalam tekak dan hidung bayi untuk menyedut/mengeluarkan kahak menggunakan bantuan mesin (ala2 cam vakum la..))

Berlanjutan sampai ke hari ke 5 la kami bercuti di KPJ Selangor..Dari hari selasa,rabu,khamis,jumaat,sabtu dan hinggalah ke hari Ahad.Lepas kuar je dari wad semalam mummy bawak darwisy g jalan2 kat Aeon Bukit Raja .Punya la die hepi sebab dapat tengok ramai orang.dah cam rupa budak yang terlepas dari tahanan.Kesiannyenye anak mummy ni sorang...

Note : Pagi ni awal2 lagi Darwisy dah bangun sebab dah terbiasa bangun awal kat wad sebelum ni untuk bersedia untuk sedut kahak lagi..bukak je mata pagi2 mesti menangis2 merayu tak nak gi unit fisio tu lagi..padahal pagi ni Darwisy dah ada kat rumah,so..mmg takkan ke unit fisio tu lagi la..hihhihi..alhamdulillah.."Mummy dan Daddy sangat2 berharap semoga Adam Darwisy kesayangan kami ni cepat2 sembuh dan ceria sentiasa..aminnn"

2 comments:

Atia Adina said...

moga pas ni darwish tak demam dah...sian dia asyik demam jer

iera said...

atia : time kasih atia..darwisy pun cam dah serik asyik kne sedut kahak je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...