"Rakan Baik"

24 October 2012

RAHSIA KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG




Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :- 


·  1. bertaubat
·  2. menyesali dosa yang dilakukan
·  3. tidak tergila-gilakan dunia
·  4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
·  5. tinggalkan sifat berbangga
·  6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
·  7. meninggalkan sifat dengki 

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. 


Sumber : internet (maaf yer,dah lupe linknye..dah lama sgt copy dan simpan untuk renungan sendiri)

04 October 2012

Tak suka pampersss..

Darwisy ni agak cerewet jugak la..dari segi pakaian pun mesti nak pakai yag cotton n serap peluh..Sebab kulit Darwisy sangat2 la sensitif,.Pantang berpeluh sikit dah naik bijik2 ruam..aduhaiii anakda ni sorang...Pampers pun mesti yang paling cepat menyerap kebasahan dan yang paling lembut sebabnyerrrrr..punggun si kecik ni akan terus jadi merah menyala n pedih...so,bile dah besar ni darwisy dah pandai xnak pakai pampers cz die tahu bile tak pakai pampers lagi seronok,selesa dan yang penting pengudaraan yang paling baik...huhuhuuhu...

Layankan je la aksi si comel ni bile pakaikan die pampers :-



Tengok muka si kecil ni...langsung tak senyum..tangan tetap kat tempat nak bukak pampers
Yang ni die mintak tolong bukakkan

muka makin marah sebab mummy buat tak layan..tengokkk..die tengah berusaha dengan dua2 belah tangan lak..

note : so,sekarang ni nak senang dan selesa untuk darwisy,iera pakaikan pampers yang jenis easy pant jer..senang citer..Sebelum ni mak iera pakaikan lampin kain tu je..tapi semenjak darwisy dah besar ni.susah bebenor nak pakaikan lampin kat die.asyik nak larikkk jer..

03 October 2012

Anak Jepun mai mana lak ni??

Mak su Darwisy ni baru je keje.so,nak la beli baju raya kat anak-anak buahnye buat kali pertama.
Sekali dibelinye baju jepun zaman perang lorrr...habikk koo...

semangat betul mak su pakaikan baju jepun ni kat Darwisy.

haiiippp...arigato...muka pelik sebab tengok seme orang gelakkan saya

apepun,time kasih mak su sebab belikan saya baju...

note : pakai kejap je,tak smpai 30 minit,darwisy mengamuk nak bukak.

02 October 2012

Kenapa Darwisy suka pergi Mydin??









note : Mummy tak bersalah erk..tengok la betapa hepinye die bile dapat duk dalam bakul tu.

Main sorang-sorang

buat tak layan jer..
arghhh...bosannyer saye...
Kesian anak mummy main sorang2 je..kadang2 cari punye cari rupenye Darwisy duk bawah kerusi makan.kadang2 kat celah peti ais,kadang2 kat tepi almari..aduhaii..

01 October 2012

Adam Darwisy yang sangat comottt..

Darwisy lebih suka makan sendiri.So,mummy pun bagi la darwisy peluang untuk makan kek sendiri.
So,tengok la hasilnye :-
syoknye saya dapat makan sendiri..




comotnyerrrr..

Setiap kali selepas Darwisy makan,mesti kena sapu balik sebab kalau tak kejap lagi,mesti Darwisy pergi kutip balik makanan yang sepah-sepah tadi dan masuk mulut...aduyaiii

Pengasuh a.k.a teman istimewa Darwisy

Alhamdulillah..buat masa ni adik iera sanggup berhenti kerja buat sementara waktu semata-mata untuk menjaga Darwisy sementara iera pergi kerja.

Masa iera berpantang dulu pun adik iera ni banyak membantu jagakan darwisy dan mandikan Darwisy,waktu iera tinggalkan Darwisy kat kampung dulu pun Darwisy tido malam dengan adik iera ni.

Semoga adik iera nak jaga Darwisy lama-lama lagi.Atleast sehingga Darwisy dapat masuk taska (sekarang tengah tunggu panggilan ke taska uitm).Harap-harap dapat la...

Che de yang sangat sayangkan darwisy...




Note : kesian che de selalu kena buli kat Darwisy..

Bacalah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...