"Rakan Baik"

26 December 2012

Cameron Highland

Kali pertama Adam Darwisy ke Cameron Highland..waktu ni Darwisy baru masuk 6 bulan.kami pergi sehari sebelum puasa.hahhaha..esoknye balik..

Malas nak cite panjang2 cz ni dah cite lame punya..

Amaran keras : jangan tgk gambar budak gemuk (aku la tu..sobs..sobsss..:(...) tu lama2 cz nnti sakit mata..
Besarnnye cawan,sama besar dengan Darwisy..




nak minum leh?

bukan main susah lagi nak ambik gambar bertiga

Daddy nak suap ape kat Darwisy tu?

ambik gambar sekerat cz xnak nampak pipi mummy yang bambam..



Darwisy habiskan 2 biji strawberi besar..kejap je die ngap..mujur xsakit perut.

kat kedai bee farm..amoi tu dukung darwisy ajak tgk labah2..

banyak gile madu yang dijual..macam2 jenis

tengah pilih madu..perut jgn ditengok k..cam mengandung lagi jerww..

pilih2..murah dan segar lagi dari kebun..

seronok je darwisy tgk macam2 benda bergantung tu..
tido kepenatan berjalan.
ni gambar baru bangun tdo,dah nak balik..bukan main seronok lagi darwisy yer..

note : sangat hepi dapat habiskan masa bersama2..

30 November 2012

masa kecil -Adam Darwisy

Haiiii.....waktu ni umur saya baru 2 bulan.
Kulit saya sangat sensitif.habis naik bintik2 kat badan saya tapi saya tak menangis kerana saya budak baik.Kalau tak selesa,saya xnak nangis,saya hanya hisap jari saya je..kalau sakit sikit2 pun saya tak nangis,kalau sakit sangat2 baru saya nangis..

29 November 2012

Alahai Darwisy..

Dua minggu Darwisy muntah2 dan cirit,sehari je darwisy sihat dan ceria.Esoknye Darwisy start batuk - batuk dan selsema serta demam.aduhaiii..pkul 4 pagi iera tjaga cz darwisy nangis kuat sgt.iera check suhu darwisy dah 40'c..terus menggelabah dan ambik kunci kete g KPJ.Samapi sane doktor juz masukkan ubat ikut b*nt*t darwisy.Doktor check tekak cakap tekak darwisy cam bengkak skit dan merah.Doktor juz bagi ubat antibiotik dan ubat batuk selsema.Kata doktor kalau suhu tak turun lagi dalam masa 3 hari bawak darwisy ke hospital lagi. Lepas doktor masukkan ubat tu suhu darwisy turun la kejap.lepas 2 jam suhu naik lahi 38 ~ 39'c.huhuhuhu..kesiannye tgk si kecil ni.makan pun tak lalu,air pun tak nak.mujur die nak hisap susu.

sudahnye hari ke 4 iera bawak darwisy ke KPJ lagi untuk jumpe Dr.Hoe (consultant Darwisy).klu iera g KPJ mmg iera akan jumpe Dr.Hoe cz servis die mmg sangat memuaskan dan baik.Ye la,dah die mmg pakar..bayar pun mahal.huhuhu..(mujur panel husband,klu tak ke gov gak laa..).Lepas doktor check darwisy,terus Dr.Hoe cakap..haayyyaaaa...kenapa hari ni baru bawak check..die punya paru-paru dah ada kahak ni..suhu pun sangat tinggi 39.6'c..nak tak nak hari ni anak you kena tahan wad dulu cz saya nak buat pemeriksaan lanjut.Kena check darah cz dulu dah ambik sample najis.

So,seme hal pendaftaran dan pergi balik ambk barang ulang alik ke rumah iera yang sattlekan daripada awal.mujur adik ade leh die temankan darwisy kat wad sementara darwisy tido.nak buat camne,suami keje jauh.penat tu memang la penat sesangat cz iera pun demam,selsema dan batuk.berjangkit dengan Darwisy.
So,dek kerana dah berkahak darwisy terpaksa la membuat rawatan fisiologi jugak(sedut kahak).Hari pertama memang tak sanggup tengok tapi hari2 seterusnye dah makin ok cz masa awal2 lagi dah set dalam hati (aku mesti kuat cz nak anak cepat sihat dan mmg aku sorg je kat sini,klu tak sape lagi nk temankan Darwisy)tp air mata tetap mengalir deras setiap kali dengar tangisan si kecil.Mujur masa ambik darah Darwisy tak nangis cz Pembantu makmal juz ambik darah kat jari je.

Note : Ade betulnye kata Zira,mungkin antibodi darwisy tak cukup cz Darwisy juz minum susu formula je..insyaAllah,iera akan cuba bagi darwisy minum susu ibu lak.Chaiyok..chaiyok..IERA BOLEH!!!

09 November 2012

Cirit dan Muntah


 Amaran : entry tak bergambar cz tak sempat nak bergambar2 la..


Satu family Cirit dan muntah-muntah..tapi yang paling kesian kat Darwisy,muntah-muntah dan pada masa yang sama cirit skali..atas kuar bawah pun kuar.berapa kali salin pampers dan baju.Lepas muntah tu die mesti cam orang kelaparan gile.nangis2 nk susu n jumpe ape je terus ngap..lepas minum susu,secara automatik terus muntah balik..aduhaiiii...siannye tgk ank kecil ni.

Esoknye iera terus bawak Darwisy ke klinik dan doktor bagi surat terus refer KPJ.Sampai je KPJ jumpa doktor pakar,doktor ambil sample najis cz kebetulan masa jumpa doktor tu darwisy cirit lagi.Doktor cek suhu,tak demam,cek jantung ok dan badan masa ok dan aktif.

Lepas ambik ubat terus balik rmh dan tidokan darwisy.Petang tu daddy Darwisy lak cirit dan muntah-muntah.alahai kesiannye tengok..asyik2 ke sink dan bilik air.Sekali tengok cam lucu gak cz macam orang pragnent..hahaha..tapi muntahnye lagi teruk dari orang pragnent r..hahahhaa(jahat tak bini?)...camtu la sampai ke pagi esok.esok terus bawak daddy g klinik.Doktor cakap masalah cirit ni disebabkan virus,bukan makanan cz kalau keracunan makanan,seme kene serentak tapi kes ni sorang2 yang kena.Tiba-tiba tengok adik iera lak longlai,rupanye malam tadi pun die muntah2 sampai ke pagi.aduhaiiii...ape nak jadi ni... virus dah menyerang...

iera pun pening2 dan cam nak muntah jugak tapi masih leh kawal lagi..esoknye kakak iera yang pragnent tu lak cirit.aduhaiiii..kesian jugak kat die cz xde ubat utk ibu mengandung.esoknye husband die lak yang kena dan sampai la hari ni darwisy dan suami kakak iera masih tak ok lagi.still cirit dan muntah2...

 note : masuk hari sabtu ni,appointment ke 4 darwisy ke kpj untuk masalah cirit ni.

24 October 2012

RAHSIA KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG




Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :- 


·  1. bertaubat
·  2. menyesali dosa yang dilakukan
·  3. tidak tergila-gilakan dunia
·  4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
·  5. tinggalkan sifat berbangga
·  6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
·  7. meninggalkan sifat dengki 

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. 


Sumber : internet (maaf yer,dah lupe linknye..dah lama sgt copy dan simpan untuk renungan sendiri)

16 October 2012

At Sunway Piramid

Gambar ni dah 3 minggu lepas punye..tak tahu kenapa cam malas je nak update dan bergambar..So,gambar ni diambil sewaktu mula2 sampai dan masa nak balik jer..yg lain sibuk shopping dan berjalan2..xdenye shopping sakan,beli ape yang perlu dan mampu je coz dah tengah bulan ni..

Layan je la gambar2 ni :-


Ni masa mula-mula sampai,daddy bawak tengok orang main luncur ais

Dekat skit lak cz darwisy baru bukak mata..

Ni masa dah nak balik,Darwisy takut kat itik besar tu..

Makin kuat si kecik ni menangis,dah..dah..jom balik..

note : Time daddy datang je la leh pergi jalan2 pun cz kalau harapkan iera nak berjalan,takdenyer..huhuhu..tak nak la..tak suka jem...

04 October 2012

Tak suka pampersss..

Darwisy ni agak cerewet jugak la..dari segi pakaian pun mesti nak pakai yag cotton n serap peluh..Sebab kulit Darwisy sangat2 la sensitif,.Pantang berpeluh sikit dah naik bijik2 ruam..aduhaiii anakda ni sorang...Pampers pun mesti yang paling cepat menyerap kebasahan dan yang paling lembut sebabnyerrrrr..punggun si kecik ni akan terus jadi merah menyala n pedih...so,bile dah besar ni darwisy dah pandai xnak pakai pampers cz die tahu bile tak pakai pampers lagi seronok,selesa dan yang penting pengudaraan yang paling baik...huhuhuuhu...

Layankan je la aksi si comel ni bile pakaikan die pampers :-



Tengok muka si kecil ni...langsung tak senyum..tangan tetap kat tempat nak bukak pampers
Yang ni die mintak tolong bukakkan

muka makin marah sebab mummy buat tak layan..tengokkk..die tengah berusaha dengan dua2 belah tangan lak..

note : so,sekarang ni nak senang dan selesa untuk darwisy,iera pakaikan pampers yang jenis easy pant jer..senang citer..Sebelum ni mak iera pakaikan lampin kain tu je..tapi semenjak darwisy dah besar ni.susah bebenor nak pakaikan lampin kat die.asyik nak larikkk jer..

03 October 2012

Bersama Big Boss UITM

Bersama Dato' Prof.Ir.Dr.Sahol Hamid Bin Abu Bakar, VC UiTM


Gambar ni masa majlis jamuan raya UiTM hari tu.tengah2 jalan2 dengan kak Ella tiba-tiba nampak khemah yang nampak cam meriah je..so,iera pun pergi la nak tengok - tengok kat sana.Sampai je depan pintu khemah Dato' Sahol yang kuar..terkejut makk...mak aiii..my big bosss..Dato' siap tanya khabar dan ajak bergambar.Ape lagi.....yeaaaaaa....mesti la i nakkkk.Ape lagi..kuarkan henset terus snappp..hihihihihihi...

Anak Jepun mai mana lak ni??

Mak su Darwisy ni baru je keje.so,nak la beli baju raya kat anak-anak buahnye buat kali pertama.
Sekali dibelinye baju jepun zaman perang lorrr...habikk koo...

semangat betul mak su pakaikan baju jepun ni kat Darwisy.

haiiippp...arigato...muka pelik sebab tengok seme orang gelakkan saya

apepun,time kasih mak su sebab belikan saya baju...

note : pakai kejap je,tak smpai 30 minit,darwisy mengamuk nak bukak.

02 October 2012

Kenapa Darwisy suka pergi Mydin??









note : Mummy tak bersalah erk..tengok la betapa hepinye die bile dapat duk dalam bakul tu.

Main sorang-sorang

buat tak layan jer..
arghhh...bosannyer saye...
Kesian anak mummy main sorang2 je..kadang2 cari punye cari rupenye Darwisy duk bawah kerusi makan.kadang2 kat celah peti ais,kadang2 kat tepi almari..aduhaii..

01 October 2012

Adam Darwisy yang sangat comottt..

Darwisy lebih suka makan sendiri.So,mummy pun bagi la darwisy peluang untuk makan kek sendiri.
So,tengok la hasilnye :-
syoknye saya dapat makan sendiri..




comotnyerrrr..

Setiap kali selepas Darwisy makan,mesti kena sapu balik sebab kalau tak kejap lagi,mesti Darwisy pergi kutip balik makanan yang sepah-sepah tadi dan masuk mulut...aduyaiii

Pengasuh a.k.a teman istimewa Darwisy

Alhamdulillah..buat masa ni adik iera sanggup berhenti kerja buat sementara waktu semata-mata untuk menjaga Darwisy sementara iera pergi kerja.

Masa iera berpantang dulu pun adik iera ni banyak membantu jagakan darwisy dan mandikan Darwisy,waktu iera tinggalkan Darwisy kat kampung dulu pun Darwisy tido malam dengan adik iera ni.

Semoga adik iera nak jaga Darwisy lama-lama lagi.Atleast sehingga Darwisy dapat masuk taska (sekarang tengah tunggu panggilan ke taska uitm).Harap-harap dapat la...

Che de yang sangat sayangkan darwisy...




Note : kesian che de selalu kena buli kat Darwisy..

Bacalah...

24 September 2012

Adam Darwisy kembali ke Shah Alam


Assalamualaikum..

Dah lame tak update blog ni.Iera bercuti selama 90hari atas sebab-sebab kesihatan.Sekarang Adam Darwisy dah pun 8 bulan.Alhamdulillah...

Ape yang Darwisy dah pandai :-

- Meniarap masa umur 5 bulan.
- Mengesot masa umur 6 bulan.
- Merangkak dan mula memanjat umur 7 bulan.
- Sekarang Darwisy dah pandai mengajuk semua yang kite cakap dan belajar nak bersembang.
- Darwisy suka Jeling pada che ngah die sebab che ngah suka cium darwisy sampai darwisy lemas.
- Darwisy tak suka makan benda yang sama setiap hari dan Darwisy lebih suka makan sendiri.

Note : Ape yang penting,sekarang ni Iera dah bawak Darwisy duk sini sama-sama.Hepi sangat2.:)

04 May 2012

Sayunye hati..

Sayu rasa hati bile darwisy tak nak minum susu sgt dah.Nak tak nak terpaksa bg makan nestum skit2 supaya die tak lapar.bile mummy balik kmpg,baru darwisy nk minum susu.Skrg ni plak luka jahitan mummy dah start sakit2 dan pedih sgt.Semalam pergi klinik jumpe doktor,doktor juz cakap mungkin sebab mummy travel byk sgt dan urat perut tak dpt menahan tekanan yang diberikan  semasa mummy drive.doktor nasihatkan supaya mummy berehat dulu tp mummy takleh berjauhan daripada darwisy.3 Hari berjauahan daripada darwisy pun dah buat hati mummy tak sabar2 nak balik jumpe darwisy kat kampung dan setiap weekend tu mmg hari yg ditunggu mummy untuk balik jumpe darwisy lagi.Mummy dah cari pengasuh untuk darwisy kat sini tp belum jumpe yang betul2 sesuai lagi.Ramai org cakap Mummy terlalu memilih.Yes..Mummy memang pilih yang betul2 ok untuk jaga anak mummy.buat masa ni biarlah mummy berkorban dahulu asalkan anak mummy terjaga bile duduk dgn nenek.darwisy masih kecil,lama2 darwisy akan jadi biasa.

Minggu ni nenek datang sini untuk temankan darwisy,nenek kesian tengok darwisy tak nak minum susu bile mummy takde n mummy xleh lgsg berjauhan daripada darwisy.Petang semalam darwisy menangis sampai terketar2 badan dan termumtah.Mummy tak tahu kenapa,nenek cakap mungkin darwisy sakit perut atau kepenatan cz travel jauh2.Bersabarlah syg,insyaAllah..jika ade rezeki tak lama lagi kite tinggal bersama k.Mummy tak kisah kalau terpaksa berhenti keje tapi mummy masih ade komitmen untuk jelaskan loan kereta.Ya Allah,bantulah hambaMu ini.Tabahkanlah hati si kecil ini.Amiiinnn..

27 April 2012