"Rakan Baik"

05 September 2011

Kali pertama beraya sebagai seorang isteri dan bakal ibu

entry kali ni takde gambar....

Alhamdulillah dah seminggu berhari raya..
hari ni dah start masuk keje..hihihihi..kat kampung mmg tak update blog la..nak buat camne..masa bersama yang tersayang terhad sgt2..so,fokuskan dulu pada yang lebih penting..hihihi..

Apepun sebelum terlambat iera dan suami nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin pada semua rakan2 yang sudi baca blog iera ni..
Tahun ni giliran beraya di rumah family suami..mmg sangat2 berbeza dengan persiapan rmh family iera.kalau sebelah family iera,malam raya tu la malam yg paling sibuk kami buat persiapan tp kat rmh family suami,takde persiapan papepun sebabnya esoknya selepas solat raya kami akan terus ke rumah nenek dan beraya kat sana.Tapi...disebabkan iera n suami satu daerah,lepas solat raya tu kami ke rumah family iera dulu..hahahaha..paling bestt..Lepas makan dan bersalam-salaman dengan family baru la kami bergerak ke rumah nenek suami semula..

Rumah nenek suami iera ni dikawasan kampung skit.banyak bukit2....so,iera mmg agak tak selesa la pada awalnye..bukan sebab iera ni duk kat bandar tp family mak n ayah iera mmg asal daripada keluarga disebelah pantai..Mula2 tu agak kekok/tak selesa la jugak..tp lepas duk kejap dan sembang2 dgn family/sedara mara suami dah mula rasa serasi..petang tu lak diorg ajak pergi mandi sungai..wahhhhhhh......mmg syok habis la..nak buat camne...sblm ni tak pernah mandi sungai lagi..(feel masa ni : mmg betul2 rase cam balik kmpg..cam yg kat dlm tv tu..balik kmpg n mandi sungai,,,syokkkk)hehehehee..tapi.....iera tak mandi pun..terpaksa duk kat tepi air je atas sebab2 keselamatan n keadaan perut yg makin membesar ni..tak berani la...biarpun dlm hati masa tu rasa nk terjun tiruk jer...sejuk sgt airnyer...jernih lak tu..sayangnye iera tak dpt nk snap gambar sbb henset rosak..camera lak tertinggal kat rmh..huhuhu..kat camera suami ada la skit gmbr2nye tp takleh tampal kat sini lak sbb ade sedikit sensorrr...

Tido rumah nenek smpai raya kedua,pagi2 tu ke kubur untuk ziarah kubur arwah atuk dan sedara2 yang lain..rupanye adat kat kampung nenek suami iera ni diorg akan adakan tahlil kat kmpg beramai..so,seme org akan bawak kuih sekali pagi tu..ada yang bawak buah,rendang,lemang,nasi n macam2 kuih lagi...lepas tahlil dan baca doa..kami ke kubur sedara untuk hadiahkan alfatihah dan lepas tu makan2 kat wakaf kubur tu..dah macam rupa kenduri dah..tp yg istimewanye kami dapat berkenalan dengan orang2 kampung kat situ.dah macam sedara sendiri dah..diorg semua baik2 dan ramah2..

raya ke 4 n 5,iera dan family iera ke kelantan sebab ada kenduri kawin sedara kat sana..jalan mmg jem la tp nk buat camne kan??huhuhuhuhuu..bile la kelantan nak ada highway kan?semoga highway kat tganu ni pun cepat siap..huhuhuhu..

raya ke 6,bertolak balik ke shah alam pkul 5 petang dan selamat tiba pada pukul 10.30 malam..alhmdulillah,perjalanan lancar walaupun takleh nak speed sbb banyak kenderaan jugak la malam tu..

nota : time kasih abg sebab datang jemput dan hantar syg..lepas ni kite g rumah nenek lagi yea..hihihi..seronok sgt2..tenang jer...

3 comments:

~izan~ said...

alahai,takde gmbr terbaru iera ke?

senang satu daerah.nak pegi beraya dekat2 aje hehe...

slmt hari raya iera..

iera said...

kak izan..buat masa ni takde sgt kak.henset dah 2 bulan rosak.camera pun ada kat suami.tak beli2 lagi henset baru..mmg tak bergambar sgt skrg ni.muka dah makin tembam..badan pun dah berketul2...huhuhu

Anonymous said...

[p]Incidentally, if You would like some advice about powerflushing or how to powerflush your heating and hot water system please visit www . Next to the [url=http://www.tiffanylondononline.co.uk]tiffany sale[/url] Mexican borderline is a fresh stirring shopping complex titled Las Americas . It is sought after by collectors who want [url=http://www.tiffanylondononline.co.uk/tiffany-bracelets-uk.html]bracelet london[/url] to have unusual gemstone jewelry they can be pretty sure few others own . Today Tiffany Jewellery is what every girl [url=http://www.tiffanylondononline.co.uk/tiffany-bracelets-uk.html]tiffany bracelet uk[/url] dreams of for special occasions and every boy dreams of gifting to his girl . A colorless mucus like [url=http://www.tiffanylondononline.co.uk/tiffany-earrings-uk.html]tiffany stud earrings[/url] substance oozes from it . 42 kt diamond [url=http://www.tiffanylondononline.co.uk/tiffany-necklaces-uk.html]tiffany necklace uk[/url] lower into a cutting floor 82, exquisite treasure drill most of the shiny sort minimize diamonds with only 58 facets . Bob and Ruthe seemed to have [url=http://www.tiffanylondononline.co.uk/tiffany-rings-uk.html]silver rings for women[/url] children . During the concert, which was broadcast nationally on CBS, Tyler, Perry, and the orchestra performed a medley of "Walk This Way", "I Don't Want to Miss a Thing" and "Dream On" . The following is the usual height and shade dimensions for a majority of these beautiful table lamps.[/p]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...