"Rakan Baik"

24 August 2011

Check up bulanan Ogos 2011



Assalamualaikum dan Selamat Berpuasa..

Dah lama tak update blog...semoga rakan2 alam maya semua masih sudi menjenguk blog usang ni(dah usang sgt dah..insyaAllah,lepas ni iera akan rajin2 update blog ni)

Alhamdulillah dah masuk hari ke 24 kite berpuasa dan tak lama lagi dah nak raya..Dan yang paling hepi,skrg ni iera dah terlepas daripada alahan muntah2 teruk dan takleh bau makanan dan masak2 ni..alhamdulillah sgt2..Baby pun dah start gerak2 dalam perut..walaupun masih lagi kecil tp iera tak sabar nak menunggu tarikh kelahirannya..agaknye boy ke girl la yer?hihihihihi

Check untuk bulan Ogos ni sebenarnye dah masuk check up ke 3 iera pergi kat Poliklinik Shah Alam..Alhamdulillah,layanan nurse2 kat sana sangat baik dan mereka sgt terlatih..seawal jam 7.30 pagi iera tengok diorg dah start bekerja..sungguh berbeza di klinik2/hospital kerajaan yang lain yang iera pernah pergi sebelum ni.Tak yah sebut la nama hospital2 yang pernah iera pergi tu sbb mgkin diorg pun dah berubah dan lebih komited menjalankan tugas dan tanggungjawab yang digalas.

scr : mr.google

Check Up pertama (24/6/2011)

-Alhamdulillah ditemani suami.
-Hb = 13.5
-Berat = 54.8kg
-Tekanan darah = 86/65


Check Up keDua (27/7/2011)

-Suami di Terengganu
-Hb = 10.4
-Berat = 56kg
-Tekanan Darah = 98/60
-Ambik darah
-Check Air kencing
-Minum air gula..(kene pose tau..paling letih menunggu)

Check Up keTiga (24/8/2011)

-Suami di Terengganu
-Hb = 10.5
-Berat = 55.6 kg
-Tekanan Darah = 94/54
-Check air kencing dan ambk darah kat jari
-Check jantung baby (Alhamdulillah baby sihat..)

Next Check up 21/9/2011

-semoga Hb meningkat.

P/s : Nurse cakap kena makan vitamin c + iron,tapi bile iera makan iron..iera mesti akan muntah2 dan pening kepala sampai nak angkat kepala pun tak bleh..huhuhuhu

ape nak makan ni untuk tambah darah lagi??..

Note : Ya Allah,selamatkanlah anakku dan panjangkanlah usia anakku..aminn..

15 August 2011

jangan lepaskan peluang kerja kat uitm..klik sini

IKLAN PERJAWATAN PENTADBIRAN KONTRAK UITM BIL 3 TAHUN 2011


Salam sejahtera
Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Teknologi MARA (UiTM)dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan kontrak (OS29000) di Kampus Shah Alam dan Cawangan bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

Staf UiTM berstatus kontrak/sementara dimana pelantikan dibuat melalui Jabatan Pengurusan Perjawatan UiTM, hendaklah memohon melalui sistem aplikasi atas talian ("On-line") di Portal I-Staf >> eProses & Sistem Sokongan >> ePengambilanStaf.

Untuk bukan staf UiTM, permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman web UiTM di http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan dibuat melalui sistem aplikasi atas talian ("On-line") sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.

Permohonan boleh mula dibuat mulai 12 Ogos 2011, Jumaat.

Tarikh tutup iklan dan membuat permohonan adalah pada 27 Ogos 2011, Sabtu.

Butiran lengkap berhubung iklan terbabit adalah seperti yang dilampirkan.


Sekian, terima kasih.

Bahagian Pengurusan Perjawatan
Pejabat Pendaftar
UiTM Shah Alam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...