"Rakan Baik"

13 July 2011

Layanan "Terhebat" di Hospital Kerajaan.

warning : entry kali ni agak panjang lebar,sila baca dengan penuh kesabaran..ngeee...:)

Dah lama tak bersiaran diblog yang dah hampir usang ni dek kerana kuasa malas menguasai diri iera semenjak dua menjak ini..Tapi kali ni betul2 ada cerita yang rasenya patut dikongsikan dengan kawan2.Bukan nak memburukkan nama institusi ni tapi hanya nak beri respon atas layan yang sangat2 'Berbudi bahasa'nya itu kepada rakyat2 malaysia dibumi terchenta ini.

Ini cerita minggu lepas punya,masa tu,iera balik kampung (takyah cite la kat mana kampung iera,kalau yang dah tahu tu takpela sebab cite2 camni bukan hanya berlaku dikampung iera je,iera rase kat mane2 pun berlaku).Isnin lepas hajat hati cuma nak temankan mak iera ke hospital untuk sambung ubat kencing manis dan darah tingginya je tp pagi2 tu iera dah mula rasa pening kepala dan asyik muntah..makan muntah,makan muntah..sakit perut ni..(ayat sedih mak masa tu : "camni la keadaan seorang ibu untuk dapatkan seorang anak..sakit pening,muntah dan lemah tetap ditanggung seorang diri..anak,bila dah besar dah tak nak dengar cakap ibu")huhuhuhuhu..sedihnye hati..rase nak je cium2 dan dakap ibu disebelah tu tp masa tu kat hospital..malu seh..hihihihi..

Seawal 7.45 pagi kami dah masukkan kad kat tempat registration tu dulu..mak cakap letak je kad tu,nanti jumpa doktor sekali.sebab sepanjang pragnent,iera tak pernah lagi jumpe doktor kat hospital kerajaan ni (kata orang,kadang2 check up kat hospital kerajaan ni lagi detail daripada klinik panel).So,iera pun letakkan jugaklah kad tu kat dalam box registration sebab kalau nak balik rumah pun tak larat jugak.kepala asyik pening je.

Tunggu punya tunggu sehingga pukul 12.00 tghri nama kami tak dipanggil2..sama gak dengan mak cik2 dan pakcik2 yang kat luar tu.rupanya seramai2 orang sakit kat situ cume ada sorang doktor jer.aduhaiii..maunye tak lama menunggu..kesian pak cik2 n mak cik2 ni tunggu lama.Dalam hati masa tu,pukul 1 nanti dah waktu rehat,doktor mesti nak kuar makan dulu..alaaa..takkan pkul 2 kena datang lagi kot..adusss...tiba2 no.giliran iera pun dipanggil jugak la...

ni dialog yang sangat2 "berbudi bahasa" tu berlangsung ;

doktor : ha..ni sakit ape?nurse takde tulis apa2 pun.
iera : aik..biar betul,tapi tu bukan kad saya doktor.
doktor : ahmad ... ni bukan nama awak ke?
iera : %^^$!@@#@$ (dalam hati),tu nama orang laki la doktor..saya perempuan..

tiba2 nurse depan doktor tu gelak..:hihihi..tu kad pesakit tadi la doktor.saya terlupa..

iera : Oooo..tak sengaja..takpe la..(dalam hati)
doktor : haa..awak ni sakit ape?
iera : saya ni pragnent doktor,saya datang sini ni sebab dah tak tahan asyik muntah2 dan
pening kepala sangat2.
doktor : Ni dah kawin ke belum (nada kuat)
iera : Dah la doktor..
doktor : Bile?(nada masih lagi kuat dan dah makin kurang sopan)
iera : bulan sebelas tahun lepas
doktor :habis tu mane suami awak?kenapa datang dengan mak je?

situasi mak iera masa tu juz terdiam jer(maybe terkejut orang tya anak die camtu)

iera : suami saya keje,nung duk kat dalam hutan tengah cari rezeki.saya datang je la
dengan mak saya.(dalam hati dah start bengang)
doktor : habis tu awak nak buat ape datang hospital?
mak iera : die tu asyik pening kepala dan muntah2..tengah alahan kuat lagi..
kalau leh doktor bagi la die mc sebab suami die kena masuk site sampai minggu depan
takleh nak hantarkan die pergi ke shah alam nak keje.
doktor : jawatan ape?
iera :dalam hati (ehh..ehhh doktor ni perlu ke nak tahu jawatan aku).PPTM..
penolong pegawai teknologi maklumat.
doktor :hmmm..nak berapa hari?
mak iera : ikut doktor la,agak2 leh bagi berapa hari..tengok keadaan die la ok ke tak dan
nak tanya kalau dalam keadaan camni boleh ke nak drive jauh2?
doktor : boleh..apsal takleh lak?kalau takleh drive naik je la bas.
iera : doktor,kalau tak pragnent pun saya muntah bile naik bas tu,ni kan pulak la tengah
pragnent.saya datang ni bukan nak mintak mc je semata-mata..saya nak check..
kalau tak leh nak check pun bleh tak bagi apa2 ubat yang bleh kurangkan pening
kepala dan muntah saya ni?
doktor : nak bagi ubat ape?
iera : dalam hati (aku ke die doktor?)
doktor :saya bg awak mc 2 hari je dan bagi ubat tahan muntah dan gastrik.
nnti boleh la awak drive balik ke shah alam
iera : saya nak tanya la doktor,ubat tahan muntah ni akan menyebabkan pening kepala
tak?sebab sebelum ni saya ada ambik ubat tahan muntah ni tapi lepas makan tu saya
rasa pening sangat2 dan muntah balik ubat tu.ubat gastrik tu pun sama.
doktor :ubat muntah ni mane ada buat awak rasa pening.biasa la tu,awak kan pragnent.
orang pragnent memang selulu rasa penig.
iera :oooo..

tiba2 doktor tu gerak ke belakangkan sikit kerusi die.

iera : eh..doktor pun pragnent ke?
doktor :ha'aaa..
iera : Ooo..patut la..time kasih doktor.

sampai kat kaunter ubat..

ahli farmasi : puan,ni ubat puan yer..puan ada muntah2 ke?
iera : yer..saya sebab saya pragnent.
ahli farmasi :Ooo..kalau boleh puan jangan makan sangat ubat ni yer.makan bila perlu je sebab
ubat ni leh menyebabkan puan rasa pening kepala nanti.
iera : Lorrrr...

Tiba-tiba rasa nak tengok nama doktor tu kat slip MC yang die bagi..

nama masih ditulis dengan pen,..(mungkin doktor baru)
sebab rasanya kebanyakkan doktor memang dah ada cops nama siap dengan jawatan masing2.
so,anggap je la dokrot ni masih baru dalam bidang ni.

(hati jahat : doktor baru je pun,dah nak berlagak..ngeh..ngeh..ngehh(bertanduk..))


Nota : bukan nak cari salah sesiapa,kalau ye pun boleh tak berbudi bahasa.dalam situasi ni saya tak salahkan semua pihak hospital..cuma doktor tu sorang je yang saya rasa perlu pergi kursus untuk berbudi bahasa..sama-sama lah kita berbudi bahasa yer.

14 comments:

aku la... said...

huhu ayat jahat: doktor ni pun x ditemani suami kot..ne dok sensorang tu hangin satu badan tu..tak pon dia tu pon tgah mabok2 tu ingat nama ko ahmad..kuang3..sian doktor tu..suh dia amik MC jela lepak kat umah dari buat kja separuh hati..buat aniaya pesakit jek..muahahhaha

iera said...

aku la : hahaha..betul2..mgkin die pun dah penat layan banyak sgt pesakit..tak pasal nama iera pun jadi nama ahmad..

Atia Adina said...

e....apa punya layanan lah....akak baca pun sakit hati

Sarah Syazwani said...

nape x tny balik kt dia..doc dh kawin ke?? hahahha

iera said...

kak ad : tu r..maunye pateint jadi tak kurang ajar kalau dah doktor camtu..huhuhu..dengar kata,kalau orang tua lagi la teruk layanannyer..huhuhu..semoga tak terkena kat ayah n mak iera.

iera said...

kak sarah : tu la,masa tu tak terfikir lak nak tanya camtu..masa die tanya jawatan apa tu terlupe lak nak cakap saya dari jabatan tatatertib perkhidmatan awam.wahahaha

ijatnuar87 said...

la,dah pregnant ker?tahniah...tp mmg kureng bebenor la doktor tu...cakap cam mulut tak berinsuran jek...hampeh bebenor la...

iera said...

ijat : ye cikgu ijat..alhmdulillah dah prgnen..bakal dapat title baru.hihihi.

~izan~ said...

salam iera.. apa khabar dik,sori akak lama tak dtg sini..

akak plak yg geram baca kisah doktor ni.agaknya dia emo2 tu sbb dia pening gak tu psl ckp belit2 dan blur..ishh

semoga iera n baby sihat selalu...

mama_izz said...

wahhhhh...manisnye budi bahasa....silap2 sendiri pulak jadi naik hangin gni....tak sopan lgsung...

aizuemi said...

hahaha.. aku bace nok gelok jer.. buleh ye tny nok ubat nape.. kite doc ke ye doktor..

bijok ar doktor tu..

iera said...

kak izan : takpe kak,iera faham..kalau iera balik kampung pun,iera dah tak layan leptop dah..masa tu berharga kak.hihihi...

mujur la masa tu iera pun tgh pening n malas nak layan tp hangin gak la kan.Cume tak sempat nak fikir ape nk jawab dgn doktor tu...

iera said...

mama izz : mmg letih layan org camtu kak.sampai skrg duk teringat2 dlm kepala ni pasal kejadian ni n geram lak nak tanya balik doktor dah kawin ke belum cam cakap kat sarah tu.hohohoho

iera said...

kak zue ; tu r pasal..bab tu mmg hangin benor masa tu..geram je nak tye..ni betul2 doktor ke baru latihan induksi..wakakaka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...