"Rakan Baik"

31 May 2011

Lapar..Lapar..dah Lapar Lagi..


Tolong laaa....kenapa asyik lapar sangat ni???baru je 5 minit td makan,lapar lagi...padahal rasenye tak berhenti2 lagi menguyah ni..kadang2 makan nasi je jadi nak muntah.,.tapi kadang2 nak sgt makan nasi..macam2 dah makan ni..dah tahu nak makan camne dan nak makan ape lagi..
Tolonglah kawan2ku sekalian yang ade pengalaman tu kongsi kat sini dan mungkin kalau2 yang ada resepi2 best waktu pragnent tu berkongsi disini..Anak saya ni kuat makan agaknya(dan..dan..baby jugak dapat nama.hihiihi)
Pastu nak tanya dalam masa 2, 3 bulan ni memang tak boleh nak mengurut ke?Bahu ni asyik terasa berat je..angin satu badan..hampir setiap malam terjaga sebab dari aras pinggan hingga kaki kanan dan peha kiri jadi cramp..nak sapu ubat kat perut n pinggang takut takleh sebab mak cakap takut nanti baby panas..so,iera sapu je la kat betis..(kadang2 nangis gak sebab sakit sgt tapi mata tetap pejam sebab ngantuk..hihihi)

26 May 2011

Lelong Tiket Masuk Ke Sunway Lagoon.


Ni la Akibat tak plan awal2.Alkisahnya 28 May ni kami nak berpindah.So,memang tak dapat la nak pergi bersuka ria kat Sunway Lagoon ni.akhirnya membazir je tiket ni..So,kepada sesiapa yang berminat leh la hubungi iera.Kami Jual RM50 Satu Tiket..ade Dua(2) tiket.

Tak pernah masuk lagi Sunway Lagoon ni..So,tak reti sangat nak citer..kat tiket ni tulis For All PARKS..

Waterpark + Amusement Park + Wildlife Park + Extreme Park + Scream Park.

Valid On 28 May 2011..

Siapa Cepat,die dapat..

24 May 2011

Amalan semasa mengandung, doa disaat ingin melahirkan dan amalan mendidik anak


Amalkan membaca surah An-Nahl ayat 78

وَاللّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُونَ شَيْئاً وَجَعَلَ لَكُمُ الْسَّمْعَ وَالأَبْصَارَ وَالأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
" Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur".

Khasiat Surah An-Nahl, ayat 78: Untuk memudahkan wanita hamil bersalin/melahirkan anak, insya-Allah.

Doa nabi yunus ~ LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN” (Surah Anbiya’)

"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin

Adalah amat baik sekali jika mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti.

Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.

AMALAN KETIKA MENGANDUNG

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.

Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik

2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh

4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)

5. Surah Al-Fatihah

6. Surah Yaasin

7. Surah Ayatul Kursi

8. Surah Al-Araaf ayat 189

9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat

11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat

12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT

13. Surah Yassin ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik

15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.


Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 - 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra') dalam solat Subuh.

Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah.

SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.

SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.

SURAH YUSUF (Yusuf)
Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.

Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

SURAH MARYAM (Maryam)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

SURAH AS-SAJDAH (Sujud)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.

23 May 2011

Kini,Sudah bergelar "Mak Buyung"...

en suami masih menyimpan dan masukkan dalam kotak balik..katanya kenangan terindah..


Alhamdulillah,rezeki dari Allah tidak pernah ditolak.Kini dah mencecah 6 bulan kami bergelar suami isteri.Sepanjang perkahwinan kami ni banyak sangat berita gembira yang kami terima dan rezeki datang mencurah-curah.Alhamdulillah..Semuanya hanya Tuhan yang tahu.

Malam isnin malam yang sepi..en wady ajak pergi klinik memandangkan isterinya telah lewat 7 hari dari tarikh sepatutnye period..dan si isteri telah menunjukkan tanda2 pening2,mual dan cepat penat ditambah plak selsema dan batuk2.

tunggu giliran dan masuk jumpa doktor,doktor tanya sakit ape iera juz cakap selsema n batuk2.pastu pelik gak sbb doktor suruh p check air kencing.Tak lama lepas tu,tiba2 doktor datang dan cakap "CONGRATULATION".Wah..rasa jantung cam berhenti jap berdenyut..pelik pun ada kenapa doktor cakap congratulation???..pastu doktor cakap u dah pragnent..sebak pun ade sebab terlalu gembira...Wajah en hubby pun masa tu betul2 bertukar dan i nampak pada sinar matanya yang die sangat2 bahagia dan gembira.Lepas sesi soal jawab jap dengan doktor,doktor cakap usia kandungan iera dah 5 minggu..

Malam tu terus call parent dan family untuk sampaikan khabar gembira ni..Alhamdulillah..syukur..syukur Ya Allah...Terima kasih sangat2..

nota : Kami tak kisah lelaki ataupun perempuan,yang penting bayi kami sihat.aminnn...

Surat Dari Murid Pencinta Nasi Lemak

Ke hadapan Guru Besar yang saya kasihi,
Saya, Mohd Hazwan salah seorang murid pemulihan tahun 6 Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 5, ingin memohon kepada tuan untuk menarik balik larangan menjual nasi lemak di kantin sekolah.Untuk pengetahuan tuan, saya sekarang sudah tidak semangat lagi untuk belajar ketika di dalam kelas kerana tidak dapat makan nasi lemak 50 sen pada waktu rehat.Nasi lemak merupakan sumber tenaga utama saya setiap hari.Kebanyakan kawan-kawan saya juga merasakan hal yang sama
Saya juga pernah mempunyai dua orang abang yang bersekolah di sini satu masa dulu, mereka memberitahu saya yang mereka hampir setiap hari makan nasi lemak di kantin sekolah walaupun dulu harganya cuma 30 sen sepinggan.Tuan nak tau di mana mereka sekarang?Seorang telah menjadi doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur dan seorang lagi akan menamatkan pelajaran dalam bidang teknologi makanan tidak lama lagi.Jadi saya rasa alasan murid-murid akan menjadi lembab dalam pelajaran adalah tidak munasabah.
Alasan kedua yang mengatakan nasi lemak boleh menjadi penyebab obesiti juga adalah kurang tepat. Walaupun saya hari-hari makan nasi lemak tapi saya tidak juga obesiti. Saya masih slim dan berat sentiasa maintain kerana saya selalu beriadah antaranya berlari-lari di padang dan lari dari sekolah.Sebenarnya ini berpunca dari gaya hidup murid-murid sendiri yang selalu mengamalkan budaya 'makan tidur facebook blog tidur' seterusnya menyumbang kepada obesiti.Justeru, saya mencadangkan agar waktu Pendidikan Jasmani ditambah dari 1 jam seminggu kepada 4 jam seminggu.Selain itu perhimpunan pagi juga boleh digantikan dengan senamrobik untuk menggalakkan murid-murid bersenam.Hari Sukan sekolah juga perlu dibuat setiap 2 bulan sekali.
Tambahan pula, larangan penjualan nasi lemak di kantin telah menyebabkan jualan makcik kantin merosot dengan mendadak.Saya dapat lihat riak wajahnya yang sentiasa bermuram setiap hari.Saya bimbang ini akan memberi kesan kepada kesedapan makanan di kantin sekolah kita.
Saya berharap agar pihak tuan akan mempertimbangkan aduan dan cadangan saya ini. Bak kata pepatah 'nasi lemak merupakan warisan zaman-berzaman, takkan nasi lemak hilang di dunia'.
Yang benar,
Murid pencinta nasi lemak 50 sen
--

09 May 2011

Cara2 Diet Yang Sangat Bagus

Sumber gambar kucing : mr.google..


kalau kebanyakkan info hanya menyentuh mengenai bagaimana cara untuk membuang /membakar lemak.Hari ni iera rasa lagi molek kalau iera berkongsi pengalaman untuk menambahkan lemak didalam badan dan saluran darah kita.Bukan ape,nak kurus tu susah bebenor rasenyer,tapi kalau nak gemok tu sekejap jer..huhuhuh..

Ni antara menu untuk menggemukkan diri yer..

1) Bangun pagi,minum susu penuh krim dan makan krim kek,cheese kek.

2) pkul 9 pagi,makan nasi lemak berserta telur goreng,ayam rendang,dan minum sirap ais.

3) pkul 11 a.m jangan lupe minum pagi dengan air kopi dah kuih.

5) Menu untuk tengah hari makan nasi dengan kuah gulai,sambal belacan,ayam goreng dan macam2 jenis kuah yang sangat sedap...

6) pukul 3,makan goreng pisang rm3 berserta ais batu campur..slurrrpppp....bestnyerrrr..

7) on the way nak balik keje,bleh singgah untuk beli bubur kacang atau sewaktu dengannya.

8) Pukul 7,perut masih lagi lapar...kuar depan rumah beli je bugger ayam special.

9) kul 10 malam,perut lapar lagi camne nak tido ni..kuar la kejap p KFC ke,mcD ke,Pizza ke untuk menenangkan perut anda..

InsyaAllah,jika anda mengamalkan diet seperti ini dalam masa 3 hari anda akan dapat melihat peningkatan jumlah lemak tepu pada badan anda dan penyakit kecing manis,darah tinggi juga kan berdamping dengan anda.so,renung2kan dan selamat beramal...

Cantik ke tak cantik?

Sumber : kosmo

baca berita selanjutnyer di sini.

Dah canggih sgt dunia skrg ni,sampaikan sanggup bertindik camni..huhuhu..korang sanggup ke?eee...cantik sekejap,pastu merana seumur hidup..tak ndaknyer iera...aduhai..dunia oh dunia..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...