"Rakan Baik"

10 March 2011


Iera dapat email ni pagi tadi..iera rasa eloklah sekadar perkongsian..mana yang baik,kita berkongsi..mana yang tak baik,jadikan pengajaran..

Ni la diantara kandungan email tu :-

Assalamualaikum
Sekadar menyampaikan. ......

Pesanan terbaik dari seorang rakan....

Assalamualaikum,

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui.

Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan

dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak,

seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh

melemparkan senyum kepada saya.

Kerana masih ada banyak waktu,

saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang

tidak saya kenali itu..

Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam.

Orangnya sudah berumur.

Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan.

Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik.

Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada
tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan

beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga.

Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada

anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah.

Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa

minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul.

Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh

surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan

dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua,
Surah Al-Ikhlas . Surah ini, katanya, surah tauhid.
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti

untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah
Al-Kafirun , kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit.

Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena

dengan zaman sekarang, zaman globalisasi.

Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti

diajar supaya pegang betul-betul surah itu.

Sebab, dalam zaman globalisasi,

anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke

Amerika atau ke mana-mana.

Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah,

dia akan selamat, kata pak cik.

Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar
'untukmu agamamu, untukku agamaku' .
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi

perkara yang saya mesti pegang.

Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda

Minda, kata pak cik, ialah ilmu.

Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden,

ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan >

sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati

Hati ialah iman, kata pak cik.

Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun

ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa.

Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul.

Kala u minda kuat tapi hati tak kuat,

maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan

iman,kata pak cik...

Ketiga, kuat fizikal

Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah,

susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik.

Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat,

susah nak beramal.

Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya
.

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan,

beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya

di surau tersebut.
Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu.

Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan..

Iqra'.....!

Take a break....... .meditate. ..3 minutes & calm your mind...
Recite 3x :
1. Katakanlah (wahai Muhammad); "

(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk

memohon sebarang hajat;
3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya".

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...