"Rakan Baik"

01 February 2011

Akibat Zina,Ariel dipenjara..



Akhirnye terungkap jugak persoalan siapa dalang disebalik video klik lucah ariel n kekasih2nyer..huhuhu..rupenye diri sendiri punya angkara..
Tapi cukup ke dengan 3 Tahun 6 bulan je penjara??

Akibat zina dan tamak (cari duit lebih dengan cara mengedar video klik lucah sendiri),diri sendiri yang dapat aib,malu dan cuti panjang (dlm penjara).

Tiba-tiba teringat lak ungkapan yang selalu disebut ustazah Nor Bahiyah "Anda Buat,Anda Dapat"..Buat jahat,dapat balasan Jahat..Buat baik,Dapat balasan Baik..

So,fikir-fikirkan Lah dan Selamat Beramal..(ungkapan Profesor Izi..)

Petikan Kosmo

BANDUNG - Vokalis Ariel Peterpan atau nama sebenarnya Nazriel Irham, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda 250 juta rupiah (RM85,000) atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Daerah Bandung semalam, setelah didapati bersalah membuat dan mengedar video pornografi melibatkan dirinya dengan artis Luna Maya dan Cut Tari.

Keputusan itu dibaca oleh Ketua Majelis Hakim kes itu, Singgih Budi Prakoso pada perbicaraan secara terbuka yang penuh sesak dengan orang ramai serta wartawan. Sebelum ini, perbicaraan diadakan secara tertutup.


Mendengar keputusan itu, beberapa peminat wanita Ariel kelihatan menangis.

Hukuman itu adalah lebih ringan daripada tuntutan pihak pendakwaan pada 6 Januari lepas yang meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun terhadap penyanyi itu.

4 comments:

ijatnuar87 said...

huhuhu...cukup ker tak ek?ntah la...bagi ambe,bukan tarikh hukuman yang penting,tapi kesedaran diri dier...bagi la hukuman seumur hidup pom,kalu tak sedar,tak taubat,xder gunanya...hehehe

p/s:bukan peminat peterpan

iera said...

ijat : iera sokong ijat..semoga ariel dan semua masyarakat kat dunia ni insaf dgn seme tu.

princess laila said...

humm. moga dy insaff...dan btaubat.
Moga Allah ampunkan dosanya :)
yela.na kate hkuman ta stimpal ponn.. tkot gak,dosa laila pon bnyk nih..huhu~

p/s : sdap gk yer nma dy..bru tau =)

iera said...

princess : aik..laila baru tau nama die ke?takpe la..tak penting pun..lgpn org cmni tak leh dijadikan contoh..semoga ariel insaf dan diberi hidayah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...