"Rakan Baik"

31 January 2011

Bayi di campak ke dalam longkang


SubhanaAllah..ape la nk jadi dgn manusia skrg ni?dah takde sifat kemanusiaan ke??
Orang lain punye la susah nk dapat anak..diorg ni dah dapat ank main buang2 jer baby tu..dah la tu p campak dlm longkang lak..(emosi...: terlalu sedih)..Ape la dosa bayi2 ni..diorg yang buat salah,baby ni yg jadi mangsa..cube la klu diorg ni(ibu bapak yg buang bayi) kite buang diorg ni dlm longkang..ape perasaan diorg????

urm..tiap2 hari ade berita buang bayi..huhuhu..sedih sgt2..

baca la petikan kosmo ni : klik sini

BATU PAHAT - Penduduk Taman Mekar, Ayer Hitam dekat sini gempar apabila mayat seorang bayi lelaki lengkap dengan tali pusat dan uri ditemui di dalam longkang berair yang masih dalam pembinaan di kawasan perumahan tersebut pagi semalam.

Mayat bayi itu ditemui seorang pekerja kontrak, Hamid Marsuki, 43, pada pukul 8.10 pagi ketika hendak memulakan tugas membina tembok rumah dan longkang di Jalan Mekar 5 di taman tersebut.

28 January 2011

RAHSIA KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG



Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

• 1. bertaubat
• 2. menyesali dosa yang dilakukan
• 3. tidak tergila-gilakan dunia
• 4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
• 5. tinggalkan sifat berbangga
• 6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
• 7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

27 January 2011

Maksud Nama..

Duk taip2 nama kat google tiba2 ada nama sendirik kat website ni..http://name.crazyartzone.com/index.asp.

so,sape2 yang nk tahu maksud nama dan cari nama anak boleh la klik ke website ni k.

NUR IRATUL IKMA
NNaif
UUntung
RRamah
IIkhlas
RRealistik
AAmanah
TTulus
UUlung
LLemah-lembut
IIdealistik
KKomited
MMesra
AAlim
Apa ada pada nama?


MAS IRWADY
MMesra
AAmanah
SSuci
IIkhlas
RRamah
WWarak
AAlim
DDinamik
YYakin
Apa ada pada nama?

Lelaki kena kahwin 3 baru OK?

Sekadar perkongsian dari seorang teman pejabat..

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Berikut adalah perbualan antara si suami dan si isteri:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah SAH

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba awak terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one, “dua” is two dan “tiga” is three (isteri). Haa, baru betul dan sah!

Isteri : Tapi abang kena faham grammar Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular” dan “plural”." Kalau dua, ia adalah plural"

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu kan “Singular”; dua atau lebih dinamakan “Plural”.

Suami : Contohnya?

Isteri : Kalau sebuah kereta, ia adalah singular. Kita cakap “One car”. Kalau 2 kereta, jadi “Two carS” sebagai plural. Nampak tak bezanya?

Suami : Ohhh… tambah huruf “s” untuk yang plural kan?

Isteri : Betul tu. Pandai abang. So, sama juga la untuk abang.

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri adalah plural, jadi abang MAMPU. Jika dua isteri dah jadi plural bang. Maka tambahkan saja “S”...Abang MAMPUS lah kalau nak dua atau lebih 1 isteri.

Selepas dari perbualan itu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi satu kepada isterinya. huhuhu

nota : sekadar untuk berkongsi hiburan..

Pagi2 dah Hanginnn..

sumber gambar dari google..

Huiisssshhhh...nyampah betul la dgn guard2 kat uitm ni..berlagak semacam je..tahu la jalankan tugas tp mane perginye BUDI BAHASA..ni main nk sergah jer..yg ko nk sergah staf nk masuk kje pagi2 tu apehal..yg student duk parking kat parking staf tu ko tak berani nk tegur lak..
Adusss...kan dah hilang mood aku pagi2 ni..

kepada pak guard2 dan mak guard2 UITM..

1) Sila berbudi bahasa sesama manusia terutama warga uitm.(polis kat luar tu pun pndai berbudi bahasa)

2)Sila ukirkan senyuman dan jgn nk berlagak.Kite sama2 cari rezeki kat sini..so,tak kisah la ape jawatan pun..sila jgn nk berlagak.

3)aku dah hangin..dah TAK kisah ko sape jgn smpai aku jadi kurang hormat..

nota : entry hanginn dan tunggu nk meletupp..

26 January 2011

Jason Mraz sokong gay

Rupanye hensem..tp GAY rupanyer..huhuhu..ape la nak jadi..

Ni coretan akbar kosmo hari ni..klik Sini

JASON Mraz mengaku telah melamar kekasihnya, Tristan Prettyman untuk berkahwin. Bagaimanapun, mereka yang telah bertunang sebelum Krismas tahun lalu tidak akan berkahwin selagi cinta sejenis golongan gay tidak diberi hak untuk berkahwin seperti pasangan normal.

Hal itu diluahkan penyanyi yang cukup popular dengan lagu I'm Yours kepada Us Weekly.

Katanya: "Saya dan Tristan bersetuju untuk berkahwin dalam majlis yang akan dihadiri oleh kaum keluarga, sahabat dan komuniti kami. Tapi kami tidak akan berkahwin selagi perkahwinan sejenis golongan gay tidak diluluskan.

"Selepas hak mereka (golongan gay) terbela, barulah kami akan berkahwin. Saya rasa membenarkan perkahwinan sejenis adalah satu langkah besar dalam undang-undang dalam memberi hak kepada individu itu."

Bagaimanapun Jason bukanlah satu-satunya artis yang menyokong hubungan sejenis ini. Sebaliknya artis Barat seperti Elton John yang sudah pun berkahwin dengan pasangan sejenisnya. David Furnish.

nota : tp saye suka lagu I'M Yours...huhuhu

25 January 2011

Honeymoon at Port Dickson

Alkisahnye honeymoon kali ni sebenarnye tak dirancang pun..Alang2 en suami dah datang Shah Alam awal tahun hari tu mmg sah2 la dah takde bilik kosong kat sini..So,kami pun bertolak la ke Port Dickson..Hari pertama honeymoon kat Hotel UiTM..hari kedua dan ke 3 kat Kondo Peranginan TNB,Port Dickson la plak..

Sewa Hotel UiTM 1 malam = RM138
Sewa Kondo TNB 1 malam = RM30 (2 bilik)

Tapi gmbr kat hotel tak ambk banyak sbb kami tak duk hotel sgt asyik kuar jln2 je..gmbr2 yg ade takleh nk tunjuk nnti en suami marah sbb tetttts..hihiihi

Ni antara gambar2 kat PD..
Ni la Kondo TNB tu..besar jugak kan?hehehe

Nampak sgt gmbar edit kan?hihihi..dah name pun g berdua..ambik gmbr sorang2 je la..
(sbnrnye gmbr ni dah mase nk balik dah..)

Ni dalam master room,siap dgn meja mekap,alamari,bilik air dan balconi..
(Abaikan tower n bju yg berselerak tu erk)


Ni bilik tidur untuk anak2 yer..masih tak terusik sbb kami belum ade ank..

Perabot dalam bilik
Ruang tamu

Tak thu knp g letak gak gmbr lampu ni..huhuhu

Ni ruang balconi..sebenarnya balconi ni besar gak sbb sebelahnye
tempat sidai baju n bersambung dengan balconi master room


Ni meja makan kat dalam kondo tu
(sebelah tu dapur tp lupe lak nak snap gambar dapur..hihii)

Ni la antara yang glamor kat PD tp kami tak sempat pun nak naik banana ni.huhuu

Nota : Mmg seronok duk kat kondo ni sbb rase cam duk kat rmh sendiri tp bosan jugak sbb berdua je..Banyak lagi tempat menarik yang kami lawati tp tak smpt nk snap gambar sebab dah kepenatan..next time kami pergi lagi k..

24 January 2011

100% KEBENARAN KEALPAAN MANUSIA

pagi2 tadi bukak email,ade email peringatan pasal 100% kebenaran ni..
dah agak lame tak update blog ni..tp tak salah kalau nk berkongsi info2 berguna ni kan..semoga menjadi renungan kite bersama..


Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid
untuk disedekahkan; tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!

Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun
betapa singkatnya kalau kita melihat filem.

betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun
betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat tanpa harus berfikir panjang-panjang.

Betapa asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya namun
kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.

Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-qur'an tapi
betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris. (casual reader isu lain)

Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun
lebih senang berada di saf paling belakang
ketika berada di Masjid

Betapa mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata, namun
alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.

Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun
betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada saat terakhir untuk event yang menyenangkan.

Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al qur'an; namun
betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sam a kepada orang lain.

Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar namun
betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Quran.

Betapa Takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun
betapa kita berani dan lamanya untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema.

nota : insafilah diri..setiap hari orang terdekat kite telah pergi menghadap Illahi..waktu kite juga dah tak lama lagi..

19 January 2011

Singgah Sebentar di Teluk Cempedak..

Dah lama tak update blog ni..bukan sbb takde cerita yang nka dikongsikan tp masih cari mood..biasanya baru lepas balik kg..mood pun masih tertinggal kat kg..huhuhu..

Malam ni berangkat balik ke kampung lagi jumpa suami..huuuyyeeeeeeeaaaa..hehehehe..suka..suka..suka... sgtttt..

(tiba2 teringat kat suami yang duk sorang kat rmh)..sian die..

Ni gambar seminggu selepas kami kawin..waktu tu,en suami nak hantar iera balik ke Shah Alam.Singgah dulu kat Teluk Cempedak untuk jumpe adik sepupu yang baru je kawin 2 hari selepas kami kawin..

tak banyak sgt gmbr sbb mls nk bergambar..muka pun masih kepenatan..en suami je yang rajin ambk gambar.tu pun gmbr dlm kete jer..sbb iera malas nk kuar..




Nota : hari yang paling malas nk bergambar..

12 January 2011

No More Facebook

Atas sebab2 tertentu dan perjanjian tidak akan menggunakan facebook lagi..kami mengisytiharkan yang kami telah sama2 menutup akaun facebook kami berdua..jadi,kalau ada ape2 sila hubungi email kami jer erk...

Ni buktinya :

Ni akaun yuyu iera

Yang ni suami iera punya Ir Wady

nota : Ok je tak pakai facebook..lagi aman je dunia ni..hehehe

11 January 2011

First Honeymoon..

Sebenarnye dah lama kitorg g honeymoon ni tp baru skrg baru dpt update sbbnye gmbr ade dlm camera en suami..maklumlah hidup berjauhan ni susah skit la nk update ape2 aktiviti kan..huhuhuhu..
Alkisahnye kami g honeymoon dekat2 je la dulu..kami g cameron highland 17hb dec 2010 lepas..hehhehee..walaupun dah dekat 2 3 kali pergi ke cameron tu sblm ni tp kali ni special skit dan kami takkan lupa..hehehe..macam2 kenangan manis dan kisah2 lucu kami kat sini tp 'Biarlah Rahsia'..hehehe...31 Dec 2010 plak semua orang tahu seluruh malaysia dapat bercuti kan?thnks pasukan 'Harimau Malaya'..hehehe..sbbnye dah beri kami peluang untuk honeymoon lagi..Kali ni kami ke Teluk Kemang,Port Dickson tp gambar - gambar kat PD pun ada dalam Camera en.suami..tak sempat nk copy sblm suami balik hari tu.huhuhu..takpe,mgu depan,iera update gmbr yang kat PD tu plak k..hehehe..Tunggguuuuuuuu...

Disebabkan dah lama jugak la kisah ni tersimpan,so iera takde banyak idea sgt nk menaip kat sini..so,layan je la gambar2 kenangan kami ni yer..
Strawberi cheese cake
Ni part yang paling best..dah dapat pilih pasu2 ni dah tak toleh kiri kanan dah..hihihi

Antara kedai yang iera suka..hihihi
Ni la antara barang2 yang en hubby belikan untuk
panaskan badan kami waktu keluar jalan2.huhuhu..sejuk seyes..

Pemandangan kat kedai teh boh..sejuk mata memandang
Ni la ladang strawberi..best..mkn strawberi segar suap2..hihihi
Jadilah seperti kaktus,cantik dan cute sgt tp berduri..duri itu untuk melindungi diri..
Susah betul nk cari kedai steamboat yang halal kat sini..tup..tup..jumpe kedai steamboat JIN ni..
No..No..kedai ni hanya untuk JIN je yang leh makan tau..huhuhu


Nota : tak kisah la ke mana dan sejauh mana pun perjalanan kite, jika bersama yang tersayang pasti lebih membahagiakan..

Sedihhh..baru sebulan cincin kawinku sudah hilanggg...

Kini tinggal kenangan..Tolong la sape2 yang jumpa cincin iera ni..tolong pulangkan..ni cincin kawin iera..huhuhuhuhuu..tolong la...lepas kawin berat badan betul2 turun mendadak...cincin pun dah longgar..iera pakai cincin belah rotan (cincin bertunang) dan cincin kawin pada jari manis belah kanan iera hari tu..lepas tgk wayang,tiba2 tgk cincin dah takde..kami pergi balik ke panggung wayang (bilik 8) lepas tgk cite Vampire Warior...buktinye cincin tu masih ade ditangan iera masa kami tgh tgk citer Vampire Warior dan terakam dalam henset suami iera..huhuhu..sedih sgt2..(emosi lagi ni...sob..sob..sob..)Nak dijadikan cerita,masa cite Vampire Warior tu hampir tamat,tiba2 popcorn yg duk kat tangan iera terjatuh dan iera betul2 tak perasan yang cincin iera dah terjatuh dlm bekas popcorn td..Bila dah cari balik semuanye dah terlambat..huhuhuhu..mujur,suami ade bg satu lagi tanda ikatan perkahwinan kami (gelang).Buat masa ni iera tak pakai2 gelang tu sbb dah fobia takut2 terjatuh jugak..huhuhuhuhu..

nota : Tolong pulangkan..

10 January 2011

Facebook akan ditutup 15 Mac depan



Wow..kecoh pasal facebook akan ditutup..ape la penting sgtnye facebook ni?
pengasasnye pun dah buat keputusan nk tutup..so,cari je altenatif lain untuk bersosial k..

sumber : KOSMO

GAMBAR laman web Facebook pada skrin sebuah komputer di Washington pada 9 November lalu.

ALO ALTO, California - Khabar angin dalam kalangan pengguna Internet mengenai penutupan laman sosial popular Facebook kini tersebar luas terutamanya menerusi laman sosial Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.

Antara mesej yang disampaikan oleh pengguna Twitter adalah seperti: "Facebook bakal ditutup pada Mac 2011? Saya harap tidak."

"Khabar angin adalah Facebook akan ditutup. Tolong jangan beralih kepada Twitter dan jangan rosakkan pengalaman jaringan sosial saya," kata @jjelksboss melalui Twitternya.

Terdapat juga kumpulan yang dibentuk di laman Facebook yang meminta agar laman sosial itu tidak ditutup dengan mesej: "Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2011. Adakah terdapat cara lain untuk menghalangnya?"

Pada bulan lepas Yahoo telah mengumumkan bahawa Yahoo Video akan ditutup pada tarikh sama tetapi ia tidak bermaksud semua jaringan di Internet akan turut terhenti.

Dalam perkembangan sama akhbar Weekly World News melaporkan bahawa pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg, 27, sedang menghadapi tekanan untuk terus menguruskan laman sosial tersebut.

"Facebook sudah di luar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah mengganggu hidup saya. Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan ini," jelas Zuckerberg dalam satu sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini.

Dalam satu temu ramah menerusi telefon Zuckerberg memberitahu: "Saya secara peribadi tidak menganggap ia sebuah keputusan besar. Secara jujurnya saya fikir ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik."


MARK ZUCKERBERG


"Saya tidak kisah mengenai wang. Saya hanya mahu kehidupan saya balik," kata Zuckerberg.

Akhbar itu melaporkan Naib Presiden Perhubungan Teknikal Facebook, Avrat Humarthi menjelaskan bahawa bermula 15 Mac ini pengguna tidak lagi akan dapat memasuki akaun Facebook dan meminta pengguna melakukan sesuatu agar semua gambar-gambar kesayangan tidak hilang.

"Seluruh laman web ini akan ditutup pada tarikh itu. Justeru, jika anda tidak mahu gambar-gambar di Facebook hilang, saya nasihatkan agar anda menyimpannya sebelum laman itu ditutup," jelas Humarthi.

Bagaimanapun, akhbar International Business Times melaporkan bahawa khabar angin itu hanya disebarkan melalui laman-laman blog dan tiada laporan daripada mana-mana akhbar arus perdana berhubung penutupan tersebut.

Menurut Lou Kerner dari firma Wedbush Securities, Facebook mempunyai lebih 600 juta pengguna di seluruh dunia dengan 300 pemegang saham. - Agensi

07 January 2011

Kunjungan Ke Rumah Big Bos

Hari ni dah masuk hari ke 3 bos bersalin..Alhamdulillah bertambah lagi keluarga SIMS-HEA dan bertambah lagi rezeki bos kami..hihihi..

So,layan je la gambar2 kami bersama baby kak Zira :-

Untie Mira,Untie Bai,Untie Ila dan Untie Ella..hihii
Untie Et,cium Baby..hihihi..Tak lama lagi baby dapat kawan tau..
leh kawan dgn anak Untie Et..hihihi
Untie Zam pun cium Jugak sblm nak berangkat balik.
Haa..ni kakak Iera tau..pun nak cium baby...
mane tau kot2 melekat jugak kan..hihii
Ni la Baby kak Zira..tp takde nama lagi..baru je berusia 3 hari..comel kan?
Ni lak kakak baby yang sentiasa melayan adik2nya..hihihi..comel kan syasya ni?

Nota : Semoga kita semua juga dimurahkan rezeki dan dilimpahi rahmat dariNya.

06 January 2011

Kehadiran Tun Dr. Mahathir Mohamed ke UiTM

Alhamdulillah..syukur sgt2 sebab diberi kesempatan untuk berjumpa Tun Mahathir live untuk kali ke 2.Kali pertama jumpa Tun kat kampung saye tau..Kampung Seberang Pintasan,Dungun,Terengganu.masa tu saya masih kecik lagi..baru tingkatan 1 rasenya..

Kali ni Tun hadir ke UiTM sebagai ucaptama Seminar Perdana anjuran Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK),UiTM Shah Alam dan Yayasan Pembangunan Insan.Tajuk Seminar kali ni "Perpaduan Asas Pembangunan Bangsa".Banyak jugak yang telah disentuh oleh Tun dalam ucapannya pada kali ni mengenai sejarah dan penting perpaduan bangsa melayu dan rakyat malaysia.Pada masa kini,ramai dikalangan kita yang lalai dan tidak mementingkan perpaduan ..masing2 lalai dan tidak menghayati sejarah yang telah nenek moyang kite lalui sebelum kemerdekaan negara kita.Saya sokong penuh kalau kerajaan nk wajibkan mata pelajaran sejarah diambik diperingkat sekolah tp masukkan sekali peristiwa2 yang berlaku dalam sejarah malayan union dan kemerdekaan negara.

Tapi yang bestnyer tadi sempat salam bergambar dengan Tun lagi tau..tp gmbr tu dlm camera kak bai.hari ni kak bai tak bawak cable camera plak.so,kena la tunggu esok untuk upload gambar tu..huhuhu

Layan je la dulu gambar yang ade dlm henset iera ni dulu..

Seminar 1 : Survival Menuju Kemerdekaan Oleh
Y.Bhg.Kapt.(B) Dr.Shamsuddin Moner@Munir
sempat lagi berposing masa dgr ceramah.hihihi..
tp gmbr iera takde..huhu..cube teka iera g mane?
Ketibaan Tun Dr.Mahathir Mohamad di iringi oleh
Y.Bhg. Dato' Prof. Ir Dr. Sahol Hamid Abu Bakar
Barisan Pemimpin Berwibawa
Ucapan Aluan Naib Canselor UiTM
Ucaptama Y.A.Bhg. Tun Mahathir Mohamed
Sempat jugak ambk gambar Tun dari dekat n
bergambar kenangan dengan Tun tp gambar tu kat dalam kamera kak bai..huhuhu
ni gambar kak mira yang tengah tersenyum manis,ntah ape yang tengah dibuatnye tp yg ade kaitan dengan tajuk hari ni adelah kertas biru kat atas meja die je tu haa..hihi

nota betis: gambar tak berapa jelas,biasa la zoom pkai henset murah jer..

05 January 2011

Lagi gambar kawin part 2

Salam..

Rasenye mmg dah lame tak update blog..banyak sgt gmbr yg ade kat hubby kat terengganu nu..huhuhu..bile jumpe je la leh mabk gmbr2 tu..ni antara gmbr yg hubby bawak weekend hari tu..so,layan je la k..


nota : ada lagi beberapa cd yang belum dihantar..tguuu...sesi studio n sekali lagi outdoor belum selesai..insyaAllah,pertengahan bulan ni,iera akan buat sesi studio n outdoor lak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...