"Rakan Baik"

26 December 2010

Info Menarik

Hari ni duk bace2 paper koleksi misteri..terpandang la info menarik ni.so,rase nk berkongsi bersama..layan..



Perpustakaan Bergerak
seorang wazir agung Parsi, Abdul Kassem Ismael telah memiliki perpustakaan bergerak pada abad ke-10.Buku2nya yang berjumlah 117,000 buah terpaksa dibawa oleh 400 ekor unta yang terpaksa bertatih menyeberangi padang pasir ke mana sahaja dia pergi.



Darah Memancut

darah akan memancut apabila kulit seseorang luka,samada ditikam atau ditembak. Keadaan ini berlaku kerana jantung menghasilkan tekanan yang cukup kuar kerana ia berupaya mengepam darah sehingga 10 meter jauhnya.



Kamera Paling Awal Dicipta

kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama lapan jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat dirakamkan.


Berpeluh Empat Gelen Sehari

seorang dewasa yang kuat berkerja akan berpeluh sehingga empat gelen sehari. Tapi kebanyakan peluhnya akan tersejat sebelum sempat mereka menyedarinya.bagaimanapun kuantiti peluh yang terhasil bukan sahaja bergantung kepada suhu dan kerja yang dibuat tetapi juga kelembapan cuaca ketika itu.Apabila kelembapan tinggi seperti di negara ini, peluh yang keluar lebih banyak berbanding dengan kawasan yang berpelembapan rendah.pengeluaran peluh amat penting bagi menyejukkan badan.Teapi anjing yang tiada kelenjar peluh masih boleh menyejukkan badannya. haiwan ini akan mencungap - cungap(menjelirkan lidahnya) untuk mengeluarkan haba.



Tiga Majalah Dengan Personaliti Yang Sama

Tiga majalah mingguan terkemuka di dunia Times, Newsweek, Sports Illustrated pernah menampilkan enam personaliti yang sama pada muka depannya secara serentak. Mereka ialah Joe Namath, Reggie Jackson, Mary Lou Retton dan OJ Simpson,Anggota Sekretariat Amerika dan pasukan hoki air Amerika Syarikat 1980 yang paling terkenal itu.



Otak Manusia ada 1000 Juta Sel

Otak manusia mempunyai 1000 juta sel. Setiapnya bersambung kepada sekurang2nya 10 sel berlainan untuk berbagai2 fungsi.


Syiling Dan Beratnya

Jika anda lemparkan sekeping syiling sebanyak 10000 kali ke udara, anda akan mendapati gambar bahagian 'kepala' sebanyak 4950 kali berbandng ekor. Keadaan ini berlaku kerana setiap syiling lebih berat di bahagian 'kepala'.

nota : dah siap buat entry,smbung bace bace paper misteri..

2 comments:

Cz Aina said...

huhuhuhuhu..
nice info...
tq..

iera said...

cs aina : sekadar berkongsi..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...