"Rakan Baik"

30 December 2010

Wahh..esok cuti laaa...

Alhamdulillah Malaysia telah dinobatkan sebagai pemenang setelah menjaringkan 1 gol di Jakarta semalam..tp kat Stadium Bukit Jalil sebelum ni malaysia menang 3 : 0 mengalahkan indonesia..Aku bangga jadi rakyat Malaysia..hahhaa..walaupun tak minat sgt bola sepak tp terasa jugak la tempiasnye..ape yg best..esok cuti..yea..yea...

tgk ni blog ni..bukti pun ade kat situ..hihihi..

klik Sini :http://miezaniera.blogspot.com/

nota : Tahniah Malaysia..

28 December 2010

Iklan jawatan kosong di UiTM


Iklan jawatan kosong di Universiti Teknologi MARA
Tarikh tutup 3 Januari 2010

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap/kontrak di Fakulti Perubatan UiTM Shah Alam/UiTM Kampus Selayang/UiTM Kampus Sg. Buloh bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

1. Pegawai perubatan ud47
2. Pegawai farmasi u41
3. Pegawai optometri u41
4. Pegawai rekod perubatan n41
5. Penolong pegawai veterinar g27
6. Jururawat u29
7. Jurupulih perubatan (cara kerja) u29
8. Jururawat masyarakat u19
9. Pembantu rekod perubatan n17

untuk dapatkan maklumat lengkap klik sini yer..http://www.uitm.edu.my/index.php/en/jobs/jobs-with-uitm

26 December 2010

Info Menarik

Hari ni duk bace2 paper koleksi misteri..terpandang la info menarik ni.so,rase nk berkongsi bersama..layan..



Perpustakaan Bergerak
seorang wazir agung Parsi, Abdul Kassem Ismael telah memiliki perpustakaan bergerak pada abad ke-10.Buku2nya yang berjumlah 117,000 buah terpaksa dibawa oleh 400 ekor unta yang terpaksa bertatih menyeberangi padang pasir ke mana sahaja dia pergi.



Darah Memancut

darah akan memancut apabila kulit seseorang luka,samada ditikam atau ditembak. Keadaan ini berlaku kerana jantung menghasilkan tekanan yang cukup kuar kerana ia berupaya mengepam darah sehingga 10 meter jauhnya.



Kamera Paling Awal Dicipta

kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama lapan jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat dirakamkan.


Berpeluh Empat Gelen Sehari

seorang dewasa yang kuat berkerja akan berpeluh sehingga empat gelen sehari. Tapi kebanyakan peluhnya akan tersejat sebelum sempat mereka menyedarinya.bagaimanapun kuantiti peluh yang terhasil bukan sahaja bergantung kepada suhu dan kerja yang dibuat tetapi juga kelembapan cuaca ketika itu.Apabila kelembapan tinggi seperti di negara ini, peluh yang keluar lebih banyak berbanding dengan kawasan yang berpelembapan rendah.pengeluaran peluh amat penting bagi menyejukkan badan.Teapi anjing yang tiada kelenjar peluh masih boleh menyejukkan badannya. haiwan ini akan mencungap - cungap(menjelirkan lidahnya) untuk mengeluarkan haba.



Tiga Majalah Dengan Personaliti Yang Sama

Tiga majalah mingguan terkemuka di dunia Times, Newsweek, Sports Illustrated pernah menampilkan enam personaliti yang sama pada muka depannya secara serentak. Mereka ialah Joe Namath, Reggie Jackson, Mary Lou Retton dan OJ Simpson,Anggota Sekretariat Amerika dan pasukan hoki air Amerika Syarikat 1980 yang paling terkenal itu.



Otak Manusia ada 1000 Juta Sel

Otak manusia mempunyai 1000 juta sel. Setiapnya bersambung kepada sekurang2nya 10 sel berlainan untuk berbagai2 fungsi.


Syiling Dan Beratnya

Jika anda lemparkan sekeping syiling sebanyak 10000 kali ke udara, anda akan mendapati gambar bahagian 'kepala' sebanyak 4950 kali berbandng ekor. Keadaan ini berlaku kerana setiap syiling lebih berat di bahagian 'kepala'.

nota : dah siap buat entry,smbung bace bace paper misteri..

Kini,aku sudah bergelar ISTERI..


walaupun dah masuk 1 bulan 1 minggu iera berkawin..tp hari ni betul2 baru tersedar yang diri ini adalah seorang isteri..maklumlah terpaksa berjauhan dari suami tercinta..suami kat terengganu n iera kat shah alam..setiap minggu kami berjumpa cume minggu ni je iera tak balik kmpg jumpe suami sbb suami iera ke kenyir..tp Ya Allah..minggu ni betul2 terasa rindu yang tersangat pada suami..mungkin minggu2 sebelum ni kami dah berjumpa..Kuat ke hati ni nak teruskan hidup berjauhan dari suami?cam mane dgn makan pakai suamiku disana?sihat ke abg?tiap kali aku tatap gambar akad nikah kami,baru iera percaya yang kami ni betul2 dah bergelar suami isteri..isk..iskk..kesian sungguh..dah kawin pun rase cam tak kawin lagi..Baru skrg iera faham cmne perasaan seorg isteri yg terpaksa berjauhan dengan suami bile suaminye pergi outstation tp camne pulak dgn perasaan iera yang terpaksa berjauhan dengan suami setiap masa..hanya hujung minggu kami bertemu dlm masa yang sangat singkat???Ya Allah..tabahkanlah hatiku..kuatkanlah semangatku dan imanku..

25 December 2010

Ibu terkejut 2 ank berpelukkan dengan kekasih dlm bilik tidur

image by google

Baca berita metro dulu..klik sini

Ya Allah,berikanlah hidayah dan tunjukkan kami jalan untuk kembali ke jalanMu..

Ape nk jadi dgn dunia skrg?kalau dulu kite selalu dengar kes2 camni berlaku kat luar negara tp kali ni kat Malaysia,negara kite sendirik..budak2 tu lak bawah umur..Kesiannye kat mak ayah..

Ape nk kisah??biarkkan je diorg tu masuk lokap n pusat pemulihan..

kalaulah boleh senang2 camtu je..tak payahlah kite bukak sekolah banyak2..bukak je pusat pemulihan n lokap untuk budak bawah umur lak skrg ni kan??bukak banyak2 untuk betulkan balik akidah mereka..TAPIIII boleh ke camtu???berapa kebarangkalian bahawa akidah mereka2 ni akan pulih dan menjadi seorg mukmin yg baik???berapa lak kebarangkalian untuk gagal???

Berteka-teki lak kan?apepun semua ni bukan menjadi keutamaan masyarakat kite pada mase skrg ni.kes2 buang bayi n gugurkan janin dah jadi kes biasa kat negara kite skrg ni..so,siapa yg bertanggungjawab untuk membetulkan mana yg silap n mane yang salah..tepuk dahi,tanye iman..

24 December 2010

Kunjungan Seorang sahabat



Salam..

Hari ni betul2 hepi sebab dikunjungi oleh sorg sahabat lama yg baik sgt..hihihi..
dah alang2 borak tye la plak pasal blog..rupenye kawan aku ni dah berkurun tak update blog die..so,ape lagi,aku pun bg la cadangan n tolong die update blog..(hihihii..betul2 cam takde keje..sorry bos..kje dah siap..)

So,sape2 yg nk ziarah blog kawan iera ni..bleh la ke blog die k..bagi la support untuk kawan2 kite..
http://applipciousckay.blogspot.com/

Sempat lagi tolong buatkan header untuk kawan..hihihi

nota : saya suka kawan saya sbb kawan saya baik..

22 December 2010

camni pun ade??

Urm..ni tak thu nak cakap ape..kreatif pun ade..kedekut ke ape ke ntah la..lu pikir la sendirik...

Layan ::







nota : klu kat ofis kite ade cmni,best tak??

21 December 2010

Next...iPhone4..


Urm...dah mula bosan pakai nokia n97 ni..cam nk campak je..ntah pape je tiba2 bateri tak ok..(salah aku gak p pkai charger tak ori)..tiba2 je akses internet..aku tak bukak pun internet weh..hah..dah alang2 asyik die nk akses internet jerk baik aku ambk iPhone4 je plak..tp n97 ni aku nk bg kat sape erk??ke nk track in jer?hehehe..tak nak la..sayang weh..tu hadiah pertunangan tu....simpan je la buat koleksi kot..Henset en suami pun dah tak ok..ni yg buat aku makin nk cepat2 ambk iPhone4 ni..hihihiii..nnti pakai same2 dgn en suami..
Tungguuu..ade masa n duit cukup..aku ambk iphone4 lak..tu pun klu masih berkenan..nak pakai pakej digi ke maxis erk?..tp aku ade gak niat nk pakai sony..urm..ape pendapat korang???

nota : sekadar nk tye pendapat..

16 December 2010

Kelendar Setiap Tahun..

ni linknye klu nk tgk kelendar..so,leh la nk plan cuti ke ape kan?

Klik sini n di sini.

note : selamat bercuti..ngeh3

Ingatlah Mati


Bukak je email pagi ni ade email masuk dari seorang hamba Allah untuk dikongsikan bersama.So,iera rase benda ni mmg patut untuk dikongsikan dan sebagai peringatan kita bersama..

Tajuknya : orang yang paling cerdik adalah oprang yang selalu ingat mati

Tanda-Tanda Saat Kematian

100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


7 hari : Mengidam makanan.
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
WALLAHUA`LAM


******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.


Sekian untuk ingatan kita bersama.


nota : iera mmg copy paste betul2 drpd email tu..so,harap dapat memberi manfaat kepada kite bersama yer.

15 December 2010

Terseksa kerana DENGGI



dah seminggu lebih tak update blog ni..mmg takde mood lgsg..badan masih lagi lemah n pening2 lalat..cam nk pitam pun ade..huhuhuhu...Balik kg hari sabtu hari tu,pagi tu dah rase sakit2 badan..ptg dah mula cam nk muntah2 tp buat2 takde pape..malamnye tak leh tdo lgsg..badan panas radang n en suami dah mula risau..huhuhuhu...esoknye tak pergi klinik sbb wady kje..iera dah tak larat sgt2 tp gagahkan diri jugak untuk bangun sediakan sarapan n bekal untuk suami..maklumlah waktu kami bersama terhad..so,time balik kg camni la nk layan suami punnn...
Petang tu badan still lemah lagi tp tak nak susahkan suami bawak p klinik..so,lepas mkn malam..terus tdo..tgh2 malam badan jadi panas lagi n kali ni seluruh badan cam nak kejang jer..haduiii...ape lagi..en suami bangun n tgk jam waktu tu baru pkul 2 pagi..wady tinggalkan iera kjp cz pergi 7eleven untuk beli ubt..hampir smpai ke 5 pagi still takleh tdo lagi sbb bdan sakit2..esok wady ade meeting pagi2..kesiannye kat suami sbb terpaksa jaga iera smpai ke pagi lagi..pkul 7 pagi,iera terjaga dari tdo sbb wady baru nk g kje..alahai,kesiannye kat suami sbb iera tak smpat nk sediakan sarapan..wady ckp takpe la,abg tak smpai hati nk kejutkan sbb bdan iera panas sgt2 lagi..pkul 8.30 iera cume gagahkan diri untuk bangun mandi n qadar solat subuh yg tertinggal td..
Selepas solat mgrib..wady ajak p klinik n waktu check doktor hanya cakap badan iera mmg panas skit n die juz bg panadol,vitamin n ubat batuk..Alhmdulillah lepas mkn ubat leh la tdo smpai ke pagi..tp esoknye hari selasa,badan panas balik n kejap2 kesejukkan..haduiiiyaii..knp ni??tghari tu kami buat kptsn untuk balik ke dungun..tb2 kete wady lak rosak..tak pernah2 kete ni buat hal tiba2 hari yg kite betul2 nk pkai die rosak lak..dah la hari tu la yg badan iera betul2 panas..Ya Allah,ape la dugaan kali ni..kete rosak betul2 depan kuartes tnb n wady terpaksa jalan kaki balik rmh ambk motor untuk bawak iera balik..dalam keadaan hujan n sejuk tu,wady bawak iera balik semula ke kuartes kami..smpai je ka rmh,badan betul2 dah lemah.

hampir pkul 7 gak baru kete siap dibaiki balik..pastu baru la kami pulang ke dungun...pagi2 esok,mak iera suruh wady bawak iera p hospital untuk checking..smpai je kat hospital..doktor terus buat ujian darah n kata doktor platlate darah iera rendah n tekanan darah pun rendah..ape lagi hari tu gak kne masuk air..sakit oooo..kne cucuk hampir sepuluh kali sbb doktor nak ambkk darah untuk buat ujian..

habis lebam2 badan ni..hari ahad malam isnin,baru leh naik bas ke shah alam plak..
badan masih lagi lemah n kepeningan lagi..kakak dah ajak p klinik check darah balik tp cam dah serik..huhuhuhu..kakak pun buatkan lah sup ketam n belikan air 100plus untuk iera minum..tp 100plus tu masih lagi tak terusik..huhuhuhu..

ni skit tanda2 klu kne denggi :-

nota : jagalah kesihatan baik2..bile dah sakit sukar nak sembuh..betul2 dah serik..sakiiittt sgt kne cucuk n ambk darah tiap2 setengah jam..

02 December 2010

Lagi gambar kawin..











nota : byk lagi yg tak diupload..tungguuuu..

Konvokesyen Uitm ke 73



Kali ni pun diundang oleh kak zura,admin untuk mewakili jabatan (Pusat Sistem Maklumat Bersepadu) untuk berada dipentas sidang ke sepuluh konvokesyen uitm ke 73.kali ni Penganugerahan untuk pelajar2 Fakulti Sains Gunaan dan disampaikan oleh pemangku naib censelor uitm, Prof. Dr. Azni Zain Ahmed.

Sape kate bosan duk kat pentas konvo tu?best tau..rase lebih bersemangat untuk smbg belajar dan naik pangkat..hehehhe..insyaAllah..terima kasih uitm kerana telah memberi iera peluang untuk mencari ilmu dan memberi iera peluang pekerjaan juga merasai pelbagai pengalaman yang seronok sepanjang di uitm..i love UiTM... Kali ni iera ajak kak nurzie temankan iera..hahhaa,
ape lagi sesi bergambar la plak..hehehe..
*
*
*
iera,kak nurzie dan kak aisyah (kak aisyah ni wakil library)
*
*
*
kat depan tu org tgh bersidang,kami kat belakang duk bergambar..ni dah smpai tahap bosan gaban..hahaha
*
*
*
Bergaya kat admin sudahhh..hehehe
*
*
*
berdua lebih baik..

nota : tak salah kalau nk mencuba dan merasa sesuatu benda baru..pengalaman tu cukup- penting..

01 December 2010

Minta Sedikit,Saya nak makan nasi..


''Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima..''


Teringat kisah Seorang pelacur telah memberi anjing yang kelaparan minum susunya,Pelacur itu telah dimasukkan ke syurga..(iera tak ingt kisah selanjutnye..kalau kawan2 tahu kisah tu sila berkongsi yer..)


Tiba - tiba iera teringat cerita sedih masa kat mydin mall,k.terengganu minggu lepas..masa tu,baru je hari pertama pulang ke rmh kami (rmh sendiri,bukan rmh mak ayah).lebih kurang pkul 6 ptg,iera n suami berjalan2 kat mydin mall.masa tu baru je lepas azan magrib..kami ke surau dulu untuk tunaikan solat magrib,selesai solat suami ajak makan dulu..dah penat pilih2 nk makan ape,akhirnya kami pilih nk mkn sizzling..iera duduk kat meja untuk tgu en suami beli air..tiba2 lalu sorg pakcik..die tak tua sgt n tak muda sgt..badan kurus n tak bermaya..die berjalan2 kat tmpat orang makan n yang penting die tak minta sedekah (hulur tangan nk mintak duit) tp die cume ckp pelahan2
"Minta Sedikit,saye nk makan nasiiii.." masa pertama kali tgk pakcik tu lalu lagi,iera dah rase kesian sgt2..hati rase sebak sgt2..die lalu dua tiga kali gak n ulang perkataan tadi "Minta Sedikit,saye nk makan nasiiii.." masa tu hati iera makin sebak n nk hulurkan duit pada pak cik tu tp ape kan daya, suami suruh makan dulu n kata suami,kjp lagi baru bagi..tp iera dah tak leh nk telan skit pun sizzling tu sebab kesian sgt2 tgk pak cik tu..(camne nk telan sizzling tu sedangkan ade hamba Allah yg kelaparan tak dapat makan lagi2 depan mata kita sendiri).Akhirnye,pak cik tu keletihan (mgkin disebabkan lapar) dan berhenti duduk betul2 depan meja iera (iaitu belakang en suami sebab en suami duk berhadapan dengan iera)..rupanye en suami pun kesian kat pak cik tu n tgk isteri die yg dah tak leh nk telan skit pun sizzling tu sedangkan td isteri die beria-ia sgt nk mkn sizzling tu..en suami pun hulurkan rm5 kat pakcik tu..betul2 cepat,pak cik tu terus pakcik ambk n p beli sizzling dgn harga rm5 sama cam ape yg kami makan.(sizzling kat situ semenye hrga rm5).pak cik tu makan sizzling yang tengah panas berasap - asap lagi tu..masa tu air mata iera ni dah tak leh nk tahan lagi,terus keluar mencurah - curah..dalam hati, iera pun berasal dari family yang susah tp rupanya ada lagi org yang lebih susah dari iera..tgk cara pakcik tu makan, mmg die betul2 lapar n kesian lak die takde air..iera tgk air milo yg wady belikan untuk iera tadi,mmg dah takleh nk telan jugak air tu..rupanye en suami duk perhatikan iera dari td..die pun bangun dan bg air milo die kat pakcik tu..bile dah siap makan n minum,pak cik tu bangun dan pergi ke meja kami n ucapkan terima kasih(dalam hati..mane ade peminta sedekah makan betul2 depan kami dan pergi balik ke meja org yang beri sedekah untuk die semata - mata nk ucap terima kasih)..masa tu jugak rase nk bg lagi beberapa ringgit kat pakcik tu untuk die makan malam..tp apakan daya,pak cik tu dah pergi jauh..

kesian pak cik tu,agak2nye hari ni die dah makan ke belum?..

nota : kami bagi pak cik tu RM5 tp hari ni tuhan bg iera RM500..Alhamdulillah..bukan nk cakap pasal ganjaran tp fikir2kan lah kalau la ayah,abang atau family kite yang sedang meminta makan camtu,ape tindakan kite?..sesungguhnye siapa pun org yang minta dari kite sesuap nasi,die adalah saudara kite..bukankah kite saudara seagama? Cucu nabi Adam a.s

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...