"Rakan Baik"

28 October 2010

Perginya 3 insan tersayang..

Al- fatihah...

Tahun ni betul2 menguji kesabaran buat diriku dan keluarga..pemergian 3 insan tersayang betul2 menguji ketabahan kami..walaupun hubungan kami sekara ibu saudara tetapi ketiga-tiga ibu saudara ini merupakan diantara orang yang paling dekat dengan kami sekeluarga..(ibu saudara yang paling cepat membantu jika kami ditimpa masalah)..Pelbagai dugaan yang terpaksa ditempuhi pada tahun ni..ada suka dan duka...tahun ini merupakan tahun aku bergelar tunangan orang,tahun ni juga aku di uji dengan pelbagai masalh keluarga dan kewangan..hujung tahun ni merupakan tarikh perkahwinanku..

12 febuari 2010 (jumaat) = Ikatan pertunanganku..

Awal bulan Mac 2010 = Pemergian Mak long (belah ibu) buat selama - lamanya akibat strok..

Awal bulan Ogos 2010(3 hari sblm berpuasa) = Pemergian Che Ngah (Belah ayah) buat selamanya juga akibat strok..

Awal bulan October 2010 = Pemergian Mak Ngah (belah ibu) buat selama - lamanya disebabkan Kencing manis dan Strok..

Pertengahan bulan Mei dan bulan Julai = Ibuku dimasukkan ke wad kecemasan disebabkan sakit batu karang,jantung bengkak dan buang pinggang bengkak..

InsyaAllah 19 November 2010 = Tarikh perkahwinanku

Sepanjang tahun ni adalah perjuangan jiwa n mental yang betul2 getir buatku..berjauhan dari insan tersayang yang menahan kesakitan..akhirnye sorg demi sorg meninggalkanku..

Ya Allah,Sesungguhnya aku tahu setiap ujianmu ada hikmah disebaliknya tetapi kuatkanlah semangat kedua ibu bapaku dan berikanlah mereka kesejahteraan agar dapat aku menjaga dan menabur bakti seperti mereka menjagaku dengan baik sewaktu aku kecil dan aku pernah sakit suatu ketika dahulu..Berikanlah aku peluang itu Ya Allah..

nota : Hargailah setiap yang Tuhan berikan pada kite sebelum diambilNya semula.

(Nasihat yang selaluku pegang daripada kak Yana : "Tuhan takkan menguji hambaNya dengan ujian yang hambaNya tak mampu lalui..tetapi Tuhan Mengujiku disebabkan Tuhan lebih mengetahui sebenarnya aku mampu melalui setiap dugaan dariNya")

2 comments:

mamasue said...

sedihnya...tp semuanya TERPAKSA dihadapi...lumrah hidup.hanya doa yg berterusan membuktikan kasih syg kite pd org tersyg tu selama2nya.sedekahkan al-fatihah sentiasa utk mereka setiap hari...semoga iera tabah hadapi semuanya.

yana said...

i like d nasihat...hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...