"Rakan Baik"

11 October 2010

Doakan untuk ibu saudara saya (Kencing Manis)

Semalam baru je pergi melawat mak sedara kat wab icu hospital kuantan..operation pertama doktor hanya membuang isi yang buruk pada kaki mak sedara,hari kedua kuman merebak smpai lebih sejengkal dari buku lali dan kaki terpaksa dipotong.operation kedua dah 2 mgu berlalu tp mak sedara masih koma..keadaannya penuh berselirat dgn wayar2 dan bantuan pernafasan..mmg ngeri dan insaf..hanya tuhan yg thu sedihnye melihat seseorg yg kite sayang dlm keadaan camtu..semalam ingt nk ambk gmbr untuk dikongsikan bersama tp akal yg waras menyatakan tidak..sebab dah tak sanggup nk tgk keadaan mak sedara camtu,apa lg nk abadikan dlm gambar.mak sedara iera ade pakej penyakit..jantung,kencing manis,darah tinggi dan strok..terbaru doktor sahkan mak sedara ade penyakit jantung berair jugak..umur mak sedara baru je 55 tahun..

Sekadar ingin berkongsi

Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak dibawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.

Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pancreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.

Selain daripada kawalan pemakanan, kebanyakan pesakit memerlukan ubat untuk mengawal penyakit mereka. Ubat-ubat ini terdiri daripada suntikan insulin.Insulin boleh diberi melalui suntikan sahaja kerana ia akan dimusnahkan di dalam perut jika dimakan

Makanan yang patut dielakkan

Gula

Gula melaka

Coklat

Jem

Madu

Sirap

Aiskrim

Biskut-biskut yang manis

Susu pekat

Minuman ringan

Gula-gula jeli

Makanan yang patut dikurangkan

Nasi

Roti

Ubi kentang

Ubi keledek

Ubi kayu

Jus

Kelapa

Daging kambing

Buah-buahan jeruk

Bahan-bahan tenusu

Tanda-tanda AWAL ditimpa KENCING MANIS

1. kerap membuang air kecil

2. berat badan yang menurun

3. sentiasa merasa lapar

4. sentiasa merasa haus dahaga

5. letih yang tidak menentu

6. pandangan semakin menjadi kabur

7. mudah mendapat penyakit kulit

8. merasa gatal-gatal pada kaki dan tangan

9. merasa penat dan sakit kaki

10. gatal-gatal pada perlipatan dan dua celah paha


Tanda-tanda yang SERIUS/TERUK bagi KENCING MANIS

1. sentiasa haus

2. hilang selera untuk makan

3. muntah-muntah

4. boleh menjadi pengsan dan tidak sedarkan diri

5. air kencing menjadi manis disukai oleh semut-semut


Langkah-langkah perlu DIAMBIL BERAT oleh pesakit-pesakit KENCING MANIS

1. menjaga kebersihan badan dengan sempurna dan teliti

2. sentiasa mengawasi makan dengan teliti, elakkan gula, tidak memakan makanan yang berkanji

3. menghilangkan perasaan bimbang dan risau terhadap penyakit yang dihadapinya

4. sentiasa besenam dan berehat secukupnya

5. jangan terlalu boros menggunakan tenaga

6. bila melakukan kerja-kerja yang berat setelah merasa penat segeralah berhenti janganlah diteruskan lagi

nota : Jagalah pemakanan kite dan jgn langgar pantang yg doktor sarankan..(Ramai rakyat di malaysia mati kerana terlebih makan,tp ramai rakyat dinegara miskin mati kerana tidak cukup makan.. )

8 comments:

miezaniera said...

moga mak sedara ira cpt sembuh...tabah la mghadapi ujian Allah..

eT said...

semoga makcik cepat sembuh...
bykkan sedekah utk dia yer iera utk ringankan beban sakit tuh...

iera said...

kak bai n kak et : thnks akak,semoga mak sedara iera cepat sembuh..

Tihara said...

simpati..semuga beliau sembuh secepat mungkin

iera said...

tihara : thnks tihara..

syusye said...

semoga mak saudara iera chat...sura da mengalami sndiri lagi2 mak sndiri.. tp syukur la smpai x kena buang..wisau gak pas OT kuman merebek.. alhamdullah smmgu dok sepital doktor benarkn balik..amal kan heallen gamat wrna biru cepat smbuh... nsi kurang kan mkn..mkn berserat...roti putih n mee kuning jgn sekali2 ambil...nk taw selanjutnya tnya sura yea...

iera said...

mak sedara iera masih koma skrg..tak silap iera smlm doktor dah buat operation lagi kat tekak mak sedara iera untuk masukkan saluran pernafas sbb nk buang saluran pernafasan yg kat mulut tu.sblm ni pernah buang tp nadi mak sedara terus berhenti..

Rosey Yahya said...

Salam..Saya simpati dengan mak saudara awak. Saya pon ada ramai saudara mara yang menghidap kencing manis dan sakit jantung. Saya cadangkan krim lumiglow untuk makcik awak..InsyaAllah berhasil. Sng je krim ni cuma sapu.Untuk kencing manis – sapu kat kawasan “pankreas” (antara perut & dada). InsyaAllah paras gula akan menurun. Jika telah luka/busuk/hampir dipotong, sapu di sekeliling kawasan tersebut. Untuk sakit jantung boleh sapu pada dada. Mmg mudah.Ramai yg dah putus asa tp bila cuba krim ni mereka semangat semula sebab krim ni berkesan dgn izin Allah. Kalau kat farmasi krim ni mmg mahal, RM285. Tapi saya jual murah aje..RM150 sebab RM285 tu mahal sgt. Tak semua org mampu. Yg penting krim ni diluluskan kementerian kesihatan, halal, bebas dadah dan bebas logam berat. Kalau berminat nk tau lanjut, boleh emelkan kat saya..ekatalogkita@yahoo.com..kalau nak tengok testimoni pengguna2 boleh tgk sini.. www.lumiglow2u.com..tak salah kita mencuba. Allah akan tolong orang yg usaha dan sabar..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...