"Rakan Baik"

28 October 2010

Ibu camni pun ada kaa????

Ibu humban anak keluar tingkap..baby 7 bulan lagi tu...MasyaAllah..dunia akhir zaman..sekarang ni mmg dah sah2 zaman bertukar kepada zaman jahiliah dulu..

Baca selanjutnye dibawah...

Humban anak keluar tingkap

MUMBAI: Seorang wanita India yang melahirkan sepasang kembar pra-matang ditahan di Mumbai kerana disyaki melemparkan seorang daripada bayinya keluar dari tingkap hospital, kata sumber polis dan hospital.

Wanita terbabit menghumban bayi perempuannya dari tingkat bawah tingkap bilik air Hospital KEM di tengah-tengah bandaraya Mumbai awal pagi, semalam. Bayi itu yang ditemui dengan kecederaan di kepala kemudian meninggal dunia.


Ibu bayi itu pada awalnya mendakwa anaknya dicuri tetapi kamera keselamatan menunjukkan wanita berkenaan yang pergi ke bilik air bersama bayinya keluar seorang diri sejurus kemudian.


Pihak polis menahan wanita itu kerana disyaki membuang bayinya. Akhbar Indian Express yang memetik kenyataan Inspektor Vikram Patil melaporkan, wanita itu mungkin akan didakwa dengan tuduhan lebih berat iaitu membunuh.

Dekan Hospital KEM, Sanjay Oak berkata kepada agensi berita Press Trust of India: “Kami tidak tahu apakah faktor yang menyebabkan wanita itu melakukan tindakan drastik sedemikian.” Media India melaporkan pasangan kembar itu seorang lelaki dan perempuan yang dilahirkan pra-matang pada usia tujuh setengah bulan dengan kekurangan berat badan dipindahkan ke hospital kerajaan berkenan awal bulan ini. - AFP


Sumber : metro 28 October 2010

4 comments:

Atia Adina said...

pompuan ni meroyan kot.....

iera said...

mungkin la kot..tp kesian baby tu..knp la dicampaknye camtu jer..dah la baby girl..(hangin..)

miezaniera said...

apa nk jadi la...baby tu tk bersalah..org lain pny berusaha nk dpt baby..ni dh la dpt sekali 2 org, leh buang2 pulak ish ish ish..

iera said...

isk..isk..kesian baby tu kan?tak bersalah pun tp dibuang camtu je oleh ibu sendiri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...