"Rakan Baik"

05 October 2010

CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH..

yahuuuuu....i love uitm..hehehehe...uitm sentiasa dihatiku...

email yg di tunggu-tunggu...

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam UiTM Dihatiku....

Tuan/Puan,

Seperti mana yang telah dinyatakan semasa amanat saya ke seluruh sistem UiTM, staf pentadbiran dan akademik memainkan peranan
yang sama penting untuk memperkasakan universiti kita yang kita cintai. Sehubungan itu, peluang peningkatan diri seharusnya disediakan
kepada semua staf akademik dan pentadbiran. Dengan ini saya mengotakan janji yang telah saya buat pada 25 Januari 2010 semasa
Amanat Tahun Baru 2010 untuk menyediakan cuti belajar bergaji penuh kepada staf pentadbiran.

Maka, sukacita dimaklumkan peluang cuti belajar bergaji penuh kepada staf pentadbiran kumpulan sokongan gred 17 – 40 akan diperuntukkan
mulai sesi pengajian 2011.

Maklumat terperinci dan syarat-syarat permohonan adalah seperti Pekeliling Naib Canselor Bil 17/2010 bertarikh 5 Oktober 2010.

Saya menggesa agar warga UiTM yang berkelayakan merebut peluang keemasan ini bagi meningkatkan keupayaan dan kelayakan diri masing-masing.

Sekian, terima kasih.


Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid bin Abu Bakar, FASc
Naib Canselor / President
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-55442222
Fax: 03-55442030

InsyaAllah,dapat je peluang aku nk terus sambung belajar,..
thnks a lots DATO' SAHOL..

2 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

tapi kena diluluskan oleh boz dulu..kalo semua nak sambung belajar, habes laa ofiz..hehehehe

iera said...

hehehhee..takpe,kite gilir2 smbg belajar k..ikut turn..iera kne tunggu lagi 2 tahun la kot klu nk sah dulu..hehehe.

kak eliss nk smbg ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...