"Rakan Baik"

12 August 2010

Tazkirah Ramadhan

Sukacita dimaklumkan PSMB dengan kerjasama Kelab PROKOM menganjurkan program Tazkirah dan butir-butir lanjut adalah seperti berikut:


Tarikh : 12 Ogos 2010 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, PSMB, Tingkat 5


Sehubungan dengan itu, Prof./Dato'/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput untuk menghadiri program tersebut .
Semoga kita semua mendapat manfaat dan kebaikan daripada program ini nanti.

urm..so,ni la citer kite pade hari ni..
Bile dah dapat sesuatu ilmu tu,kenalah dikongsikan bersama kan?
so,hari ni tazkirah berkaitan keistimewaan bulan ramadhan..sama2 la kite hayati dah fahami bersama yer..selamat berpuasa..

Mukadimah la skit..

Satu ketika berlaku satu peperangan lalu dikumpulkan kaum muslimin untuk berperang melawan kafir, lalu datang sekumpulan wanita meminta izin dengan Rasulullah SAW katanya" Ya Rasulullah, tidak adil kaum lelaki, kamu panggil untuk berperang dan jika mereka mati, mereka menjadi syahid, mereka terus dimasukkan ke Surga, Ini tidak adil, Ya Rasululah, kami juga mahu pergi berperang dan mahu syahid juga."

Rasulullah SAW tersenyum dan bersabda, " Wahai kaum ibu, ketahui oleh mu bahawa menjaga anak dirumah dan urusan rumah tangga juga di Fi Sabililah , dan pahalanya sama besar dengan suami mu yang pergi berjuang disisi Allah - Pahalanya sama dengan para Syuhada."

Amal Ibadah di Bulan Ramadhan

Dalam khutbah terakhir bulan Sya'ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:

1. Solat sunat Tarawih
2. Solat-solat sunat yang lain
3. Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
4. Memberikan hidangan berbuka puasa
5. Banyakkan membaca tahlil
6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
8. banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.

4 comments:

Kancilbiru said...

selamat berpuasa...:)

eT said...

hehe..bagus2...jgn lupe amalkn yer...

iera said...

kancilbiru : selamat berpuasa juga..:)

kak et : insyaAllah,ke arah meningkatkan pahala dibulan puasa.hihihi

miezaniera said...

pertama kali duk depan ustazah time tazkirah..tetiba rasa cam baik pulak hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...