"Rakan Baik"

22 August 2010

Dua negara berbaik kerana banjir


Alhamdulillah,rupanya disebalik musibah yang tuhan berikan rupanye terselindung hikmat yang amat bernilai.Sesungguhnye Allah maha penyayang lagi maha mengetahui..

Ape yang iera nk bgth kat sini,kite sebagai manusia mestilah sentiasa beringat,setiap dugaan,cabaran dan kesusahan yang tuhan berikan pada kita adalah suatu yang amat berharga daripada kekayaan dan kesenangan yang kite miliki..sesungguhnya semua itu dari Allah s.w.t.Allah sentiasa memberi kite peringatan didunia ni dalam apa sahaja bentuk samada miskin,kaya,rugi,untung dan banyak lagi..waallahuAlam..

Urm..hari iera bace kosmo,india dan pakistan berbaik kerana banjir..India telah memberikan sumbangan kemanusian kepada pakistan sebanyak AS$5 juta (RM15.7 juta) untuk membantu mangsa banjir di republik Islam itu.subhanaAllah..disebalik musibah yang berlaku rupenye terkandung seribu rahmat yang mendatang.kalaulah tak banjir,agak2nye india dan pakistan yang dah lama bermusuhan ni akan berbaik tak?



bace petikan dari akhbar kosmo dibawah :-

RATUSAN penduduk Pakistan melintasi sebuah lori yang terkandas akibat banjir di sebatang sungai di Basera, wilayah Punjab kelmarin.

ISLAMABAD - Dua negara berjiran yang sekian lama bermusuhan akhirnya berbaik semula selepas Pakistan semalam bersetuju menerima dana India sebanyak AS$5 juta (RM15.7 juta) untuk membantu mangsa banjir di republik Islam itu.


Menteri Luar Pakistan, Shah Mahmood Qureshi memberitahu stesen NDTV India, kerajaan menerima sumbangan itu selepas beberapa hari membuat penilaian dan atas faktor kemanusiaan bagi membantu segera 20 juta mangsa banjir.


Keputusan itu disambut baik Kementerian Luar India yang dipetik agensi berita rasmi Press Trust of India kerana India pernah membantu Pakistan ketika gempa bumi terburuk melanda Kashmir pada 2006 yang meragut 70,000 nyawa.


Dalam pada itu, Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Pakistan, Guido Sabatinelli optimis, ancaman taun mungkin tidak ketara namun merayu bantuan antarabangsa diteruskan kerana situasi belum pulih sepenuhnya. - Agensi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...