"Rakan Baik"

24 December 2009

Di Dalam Hati Tiada Siapa Yang Tahu




1hb dec 2008 aku mula bergelar seorang pekerja.Bermula di GW intech tempat aku pernah praktikal suatu masa dahulu dengan elaun rm300 sebulan.awl bulan dec 2008 aku terus dipanggil kerja.Alhamdulillah genap 6bulan aku berkerja dengan GW intech aku telah ditawarkan ke UiTM Shah Alam untuk berkhidmat sebagai programmer di Jabatan Pusat Sistem Maklumat Bersepadu.Alhamdulillah rezeki mencurah-curah.Pejam celik bulan ni dah bulan Dec 2009 dan bulan depan dah masuk tahun baru.Maka genap la 6 bulan jugak aku berkhidmat di UiTM.
haa...mesti semua orang cakap iera ni mmg bertuah n best kalau di tempat iera kan?Tapi korang tahu tak ape yang ade di dalam hati ni?Takpe,biar la rahsia..hanya tuhan yang tahu ape yang ade dihati setiap hambanya..

p/s : jangan menilai seseorang melalui paras rupa,pilihlah kerana kesucian hatinya.

04 December 2009

berembun di Menara SAAS

urm...tarik nafas panjang-panjang..lepas..tarik lagi..lepas..buka mata tgk pc lagi.
dah pkul 12.09 pagi ni aku masih lagi kat pejabat.Setia mengadap pc ni..hari ni aku ditemani kakak aku yg khas diimport dari kampung..hehehehe..so,balik lewat pun dah tak kisah sgt cz ade teman..cian lak tgk kakak aku ni dah mengantuk tp kje tak siap lagi.kepada semua student uitm..study la baik2 dan hargai lah pengorbanan warga uitm yg bertungkus lumus untuk korang k.dah takde ape nak cite n bebelkan kat sini..selamat malam..tidur ler..esok kje lagi..

02 December 2009

Tazkirah Pendek

Menolak Tipu Daya Syaitan

Soal Nabi yang ke 15 : Dengan apa jalan yang boleh menolakkan tipudaya engkau?

Maka Sembahnya: Iaitu jika seseorang berbuat dosa maka segera ia kembali bertaubat kepada Allah Taala dan menangis serta sesal akan perbuatannya dan apabila ia marah segeralah ia mengambil air sembahyang nescaya padamlah marahnya. Barang siapa membaca doa ini tiap-tiap lepas sembahyang jumaat lima kali akan diampunkan oleh Tuhan dosanya kerana ianya telah bertaubat,

inilah doanya

Ilahi lastu lilfirdausi ahlan wala aqwa aala naaril jahiimi fahabli taubatan waghfir zunuubi fainnaka ghaafirizzanbil aadziimi

p/s : moga-moga menjadi amalan kita setiap masa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...