"Rakan Baik"

24 December 2009

Di Dalam Hati Tiada Siapa Yang Tahu




1hb dec 2008 aku mula bergelar seorang pekerja.Bermula di GW intech tempat aku pernah praktikal suatu masa dahulu dengan elaun rm300 sebulan.awl bulan dec 2008 aku terus dipanggil kerja.Alhamdulillah genap 6bulan aku berkerja dengan GW intech aku telah ditawarkan ke UiTM Shah Alam untuk berkhidmat sebagai programmer di Jabatan Pusat Sistem Maklumat Bersepadu.Alhamdulillah rezeki mencurah-curah.Pejam celik bulan ni dah bulan Dec 2009 dan bulan depan dah masuk tahun baru.Maka genap la 6 bulan jugak aku berkhidmat di UiTM.
haa...mesti semua orang cakap iera ni mmg bertuah n best kalau di tempat iera kan?Tapi korang tahu tak ape yang ade di dalam hati ni?Takpe,biar la rahsia..hanya tuhan yang tahu ape yang ade dihati setiap hambanya..

p/s : jangan menilai seseorang melalui paras rupa,pilihlah kerana kesucian hatinya.

04 December 2009

berembun di Menara SAAS

urm...tarik nafas panjang-panjang..lepas..tarik lagi..lepas..buka mata tgk pc lagi.
dah pkul 12.09 pagi ni aku masih lagi kat pejabat.Setia mengadap pc ni..hari ni aku ditemani kakak aku yg khas diimport dari kampung..hehehehe..so,balik lewat pun dah tak kisah sgt cz ade teman..cian lak tgk kakak aku ni dah mengantuk tp kje tak siap lagi.kepada semua student uitm..study la baik2 dan hargai lah pengorbanan warga uitm yg bertungkus lumus untuk korang k.dah takde ape nak cite n bebelkan kat sini..selamat malam..tidur ler..esok kje lagi..

02 December 2009

Tazkirah Pendek

Menolak Tipu Daya Syaitan

Soal Nabi yang ke 15 : Dengan apa jalan yang boleh menolakkan tipudaya engkau?

Maka Sembahnya: Iaitu jika seseorang berbuat dosa maka segera ia kembali bertaubat kepada Allah Taala dan menangis serta sesal akan perbuatannya dan apabila ia marah segeralah ia mengambil air sembahyang nescaya padamlah marahnya. Barang siapa membaca doa ini tiap-tiap lepas sembahyang jumaat lima kali akan diampunkan oleh Tuhan dosanya kerana ianya telah bertaubat,

inilah doanya

Ilahi lastu lilfirdausi ahlan wala aqwa aala naaril jahiimi fahabli taubatan waghfir zunuubi fainnaka ghaafirizzanbil aadziimi

p/s : moga-moga menjadi amalan kita setiap masa.

18 November 2009

Syafika Najwa binti Mohd Syafiran

Adeh..duk asyik2 pilih gambar yang nak dicuci tiba2 tertengok lak gambar sikecik ni,ni la anak sedara tunggal iera..Huh..rindunye..dah lame tak jumpe dengan syafika..adik,cik rindukan adik sgt2..hmm..tak lama lagi dah nk raya haji..nak beli ape kat syafika erk??..Apepun..layan je la gambar syafika dulu...




17 November 2009

Hari ni hari selasa,17/11/2009.

ntah kenapa rajin la plak hari ni nk update blog usang ni.takpe la bak kata kak mira dan kak bai..asalkan ade dah kire bagus..wakakakaka..sekarang dah duk kat ofis baru,meja baru,pc baru n semangat mesti la kne yang baru gak kan?iye ke idok???hehehe..ape-ape je la..hari ni atas pujukan kak mira yang daku hormati,aku akan melangkahkan kaki buat kali pertama ke gim uitm..hahhaha...kurus ler aku kali ni.mintak2 cenggitu ler kan..takut hari ni je yg perginnye..takpe la..dah lewat ni..nak g solat dulu..bye2..layan gambar mane kat cameron version 2..

02 October 2009

"Selamat Hari Raya Aidilfitri"

Hurmm..hari ni baru ade mood nak update blog nie..hehehe..berikutan dgn tajuk yg den tulis kat atas tu mesti la semua org dah bleh agak kan?camni yang sebenarnya yang iera nk kongsikan hari ni mengenai budaya bermaafan dihari raya..sebut je pasal raye mesti seme org akn simpan kat fikiran masing2 nk kne bermaafan dgn erti perkataan yang lbh mudah difahami..mintak maaf n ditambah lak kat blkg ayt tu 0-0.urm..tp ape yg den peliknye dgn org kite ni sebenarnye diorg ni faham ke tak maksud bermaafan???ye la lps mintak maaf tak smpai 10 minit dah ngumpat2 lagi,pastu siap bergosip n salah menyalahkan kat belakang org tu.urm..takpe la..tu korang punye hal..ni iera nk mulekan citer iera mase raye plak..jeng..jeng..jeng..bermulalah kisah seorang gadis yng baru je melangkahkan kaki ke alam sedikit dewasa dan dah bekerja..Tahun ni merupakan tahun pertama si gadis ni beraya dgn status dah bekerja..kalau sebelum ni semua persiapan mak yang buat tp tahun ni lain skit..semua mak bagi tugas tu kat si gadis..bajet punye bajet,macam-macam dah beli,baju raya family semua dah beli tp baju raya sendiri tak siap2 jugak..takpe la nak buat camne kan..takde hal punye(*dlm hati sedih gak skit*)..raya tahun ni jadual raya mak je dah penuh smpai seminggu..nak tak nak kne la ikut jugak..semua rmh sedara kitorg pergi tp mujur la hanya kat sekitar kelantan,terengganu dan pahang je.kalau silap2 hari bulan mak nk g rmh mak sedara gue kat kedah tu mmg penat ler..meter kete gue pun meningkat jugak la dari 6000 kpda 9000.
Nak dijadikan cerita plak tu rupanye baru la den sedar yang sebenarnye mak2 sedara den semuanye dah tua dan yang nyata sekali umur den jugak dah meningkat..huhuhu...tu yang tak sedap..nk thu sebab apa den ckp cmtu??sebabnye kebanyakkan semua rmh mak sedara den yg den pergi diorg semua sakit-sakit..ade yang kne strok la..ape la..urm..sadih jugak kan.dah jalan situ,jalan sini bukan setakat minyak n tol yang kne top up,duit raya pun skali ler..anak sepupu je dah ramai.mujur ank sedara baru sorang.urm..bajet pun makin menipis dan menipis la..yang sakit skit ler kan rupanye baru la den sedar yang den lupe bajet untuk duit raya kat mak2 sedara.huh,habis kering duit bajet gue.nak tak nak terpaksa la den diamkan diri n lap air mata dari jauh(tak nak mak ayah nampak).terpaksa la mintak tolong dgn pkwe den..mujur ler die baik sgt..huhuhu..die la sorang2nye yang bagi duit raya kat den tahun ni..huhu..cayang abg..cuti pun dah habis..nak tak nak kena gak bertolak ke shah alam.masa dah nak bertolak tu,den salam-salam la dulu dgn family kan..tiba-tiba masa den salam dgn ayah,terasa ade sesuatu yang ayah letak kat tangan den.rupanya ayah letakkan duit rm100.ayah ckp perlahan je suruh den isi minyak n bayar tol..ayah ckp yang lebih buat mkn masa perjalanan balik nnti..masa tu gak berguguran mutiara putih kat mata den ni.ayah tak bg duit tu depan mak cz ayah tahu den mmg tak nak bgth mak pasal mslh den ni.ayah mmg memahami..sayang ayah sgt2 dunia dan akhirat..pastu den balik la ke shah alam dgn perasaan yang sebak n berazam akan kerja sungguh2 n hadiahkan sesuatu yang lebih berharga untuk mak ayah den lepas ni...haaa...dah habis..ni la citer den kali ni..

17 September 2009

Selamat hari raya

Heee...ehheheee...canggih betul dunia skrg ni kan.dah tak pakai2 kad raya dah.Jimat duit skit.wakakaka..So,dah alang2 ade kemudahan dah ni anggap je yang aku dah hantar kad raye kat korang erk.Syaratnye korang baca blog ni..So,dikesempatan yang ade ni Iera nak mengucapkan Selamat hari raya aidilfitri buat semua..Maafkan segala salah dan silap..hehehe..dah tak sabar nak balik kampung ni..Buat kje pun dah takde mood..huhuu...apepun pandu berhati-hati dan ingat orang yang tersayang..

09 September 2009

Tag Iera..


Ni atas paksaan kak et,iera pun buat la tag ni..

1) Saya suka?
Rehat kat rumah dan kadang g shopping..***kalau cukup bajet la***...hehehehe

2) Pada masa ini saya sedang berfikir tentang


3) Bila rasa tension saya akan...
cam bese..tido atau gayut dgn sape2 je...

4) 3 perkara yang akan buat saya tersenyum...
- Bile dapat jumpe my boy..maklum le masing2 duk jauh..
-Sekali2 balik kampung dan semua family berkumpul..
- Suka tgk telatah kanak2 yang cute2 dan tgh bermain sesama diorg..kelakar habis..

5) 3 perkara yang buat saya nangis
- Bila dah tension sgt n takde selesaikan masalah
- cam kak et,bile dah rindu sgt2...
- Bila mak terasa hati

6) Kalau saya ada rm100K?
hua..hua...banyak tu..tp rasenye still tak cukup..hehehee...nak buat mcm2..shopping tak ketinggalan la..

7) Sila beri 3 nama untuk di tag...
- semua yang rajin ler..ikut la sape2 pun..

21 August 2009

Lembaran Baru

Tup..tup..dah dekat 2 bulan rupanya iera bertugas kat uitm ni.Alhamdulillah,rezeki iera disini.Banyak sangat pengalaman dan benda baru yg iera belajar disini...heehehe..dapat kenal ofismate baru dan yang paling penting iera dah ade meja sendiri.yelakan dulu kan asyik menumpang je kat majlis2 daerah yang company hantar.Apepun sebenarnye seme tu tak memainkan peranan pun untuk kite tekun bekerja.hanya side effect jerk pun.:P..perghh..cakap banyak lak..hehehe..so far thanks pada uitm kerana telah menerima iera bekerja disini dan pada rakan seperjuang yang lain terima kasih banyak2 kerana telah menerima kehadiran iera disini dgn baik..hehehehe..cam sedih lak..Apepun diharap semua akak2 dapat beri iera tunjuk ajar.iera pun nk berterima kasih sgt2 pada GW intech kerana dah menerima iera bekerja.Banyak pengalaman pahit dan manis yang iera dapat semasa bersama GW intech dulu.Terima kasih Semua..Kali ni,ini saje dari iera..InsyaAllah dalam masa terdekat nnti iera akan lebih berkongsi lagi pengalaman iera..Sebelum terlambat "Selamat Berpuasa" iera ucapkan pada semua.Semoga Ramadhan kali ni lebih bermakna dari sebelum ini.Iera menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas segala kesilapan yang iera dah lakukan sebelum ini..wasalam..

03 July 2009

Tiada seorang pun yang tahu apa yang ada dihati seseorang tu secara jelas tp yang kelihatan hanyalah kebahagiaan.Hidup memerlukan kekuatan dan masa tp mampukah aku menunggu waktu itu??Ya Allah..Berikanlah kekuatan kepada hambamu ini untuk menempuh semua ujian dan dugaan yang telah Engkau berikan.Sesungguhnya aku insan yang lemah..Aminn..

11 June 2009

Alhamdulillah...

05 June 2009

Hidup manusia ini kadang2 sukar untuk ditafsirkan.Kadang2 kita berada diatas dan kadang2 dibawah."Tiada Kelebihan Yang Tiada Kelemahan Dan Tiada Juga Kelamahan Yang Tiada Kelebihan"..Susahkan nak mengertikan ungkapan ni??takpe biarkan je persoalan ni terus menjadi suatu persoalan.Sbnrnye ianya senang shj setiap manusia dan seluruh alam ini mempunyai kelebihan dan kelemahan masing2.Jadi,terimalah seadanya diri kita dan ape yang dahditentukan oleh-Nya.Jangan sesekali kita pertikaikan.yang penting jadilah diri kita yang sebenanrnya dan berusaha perbaiki kelemahan kita itu dengan sebaik mungkin.Ingatlah setiap yang dijadikan tuhan pasti ade hikmahnya.Kita hanya manusia biasa.Tiada yang lebih sempurna dari Tuhan yang telah menjadikan kita.Kembalilah ke pangkal jalan...

04 June 2009


Salam sayang penuh kasih sayang pada keluarga tercinta kerana telah banyak beri sokongan dan bantuan pada iera selama ni.iera sayang mek,ayah,kak,abg,fatin dan fatin,jugak pada insan tercinta mas irwady.konvokesyen kali ni betul2 memberi seribu makna buat iera.rase nk e terus sambung pelajaran semula.hehehhee..pada kawan-kawan yang sedang sambung bljr tu bljr la sebaik dan segigih mungkin.bukan mudah untuk mencapai sebuah kejayaan dan bukan susah untuk mencari kejatuhan..jadilah seorang insan yang berguna dan sentiasa memikirkan masa depan.Disebalik yang berlaku mesti tersembunyi hikmah yang sukar diungkapkan.fikir2kan...terima kasih mek dan ayah keran telah melahirkan dan membesarkan ayu sehingga menjadi insan yang berguna.Ayu sayang mek dan ayah sangat2.

Cikgu BM naik gila

Murid : Selamat pagi, Cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam Cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera Cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, Cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar Cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

03 June 2009

Memory Tampin

















salam..sorry erk akak,hehheee..iera saje uploadkan gambar ni kat sini.saje nk buat kngan.gambar dgn akak2 yg lain tkade lagi.lain kali la iera uploadkan.thanks akak,iera hepi sgt dpt tinggal bersama akak2 semua.kak ila,kak lin,kak siti dan kak gie..iera sayang akak2 semua macam kakak iera sendiri.akak2 semua adlh keluarga kedua iera di dunia ni.thanks..:)

konvo punye pasal

konvo..konvo...Ya Allah betapa bersyukurnya iera disaat melangkah kaki masuk ke dewan konvokesyen.timbul rase syukur sgt dan berasa berbaloi sgt atas semua penat payah dan usaha bersungguh2 mencari ilmu selama ini.Hati rase terlalu sebak dah sempat jugak mutiara jernih menitis ke pipi iera pada saat tu.Terima kasih sgt2 mek,ayah,abg wady dan keluarga yg dah byk memberi sokongan pada ayu(panggilan di rumah).Walaupun penat tp hati terasa puas..

jawatan kosong



;

27 May 2009

Second Day

Hari tak selalu cerah dan hari juga tak selalunye mendung..walau ape skalipun berlaku kehidupan mesti diteruskan.cekalkan hati dan pandang ke hadapan.urm..jangan cepat mengalah dan mengeluh dgn ape yg hari ditempuhi..

26 May 2009

First Day

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..dah lama iera tak menggunakan blog ni.bse la dah busy bekerja..Hmmm...dah genap 6 bulan iera bekerja rupanya campur dengan praktikal 4 bulan maksudnya dah 10 bulan iera bersama company skrg.Macam-macam dugaan dan cabaran yang iera lalui.Rupanya hidup sebagai seorang dewasa dah berkerjaya ni tak mudah.Macam2 dugaan yang harus dilalui.Pahit manis semuanya harus ditelan.Hehehhee...Apepun diharap semua rakan-rakan dapat memberi sokongan untuk iera dan berkongsi-kongsi pendapat di blog ini..:-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...