"Rakan Baik"

Monday, November 21, 2011

IeraWady Kini..

Dah lama sesangat tak update blog ni..hihihihihi..
Sejak berbadan dua ni,memang malas nk berblog..tak tahu la kenapa mgkin sebab tak banyak gambar2 yang menarik dan memang malas nak bercerita..chewah..hahaha (cam la org nk sgt baca blog iera ni kan?)kih..kih..kih..

Hari 21 Nov 2011..dah genap 1 Tahun 2 Hari kami kahwin..Anniversary kami pada 19 November 2011 dah 21 November tarikh bertandang ke rumah mertua..Tapi..apakan daya,kami berjauhan..so,anniversary pun hanya diucapkan melalui henset je la..huhuhu..sedih tapi kena tabah..(kesian baby,doktor cakap klu mummy selalu sgt nangis nnti baby pun selalu nangis..huhuhu)..takpe,iera kena tabah..kena kuat dan perlu banyak bersabar..Kini kandungan iera dah masuk 31 minggu 4 hari.

hmmm...tak bleh sedih2..ni gambar2 terbaru yang iera ambk masa kandungan 6 bulan dulu kat putrajaya..Gambar yang 8 bulan ni tak ambk lagi..huhuhu..

layan jer la...

so sweet..dah lama tak bergambar camni..

Masa ni betul2 takde mood nak bergambar..kami sama2 tembam kan?hehhehe..bab kata en suami,die takkan bagi iera tembam sorang2.nnti kami diet sama2..hihihi..

Cubaan untuk menimbang berat..hihihi..sama berat je kan?

En suami nak buat ala2 titanic gemuk..hehehehe..huduh betul kan?tp bagi kami tu antara kenangan manis waktu2 bersama.

Walaupun mata iera terpejam,takpe la..kata en hubby kite buat gaya titanic sama2 dengan anak kite..sbb tu tangan duk kat perut.hahaha

Ni la my sis yang duk ajak bergambar,katanya nak buat kenangan.hihihi.thanks sis..
kecik je kakak kan?hihihi..mmg selalu2nye org ckp iera yang kakak.umur kami selang sorang setahun je tau..

Ni muka org yg dah penat..waktu ni dah dekat pukul 1 agaknyer..ngantuk..

My hubby dah pimpin ajak balik tido..dah penat...

Ni je la..gambar2 kami...dah masuk 9 bulan nnti baru update balik gambar.hihihihi..

note : sekian...sekarang duk fikir nak bersalin kat hospital bersalin mane lak...kalau balik tganu mgkin ke KMC,Kuantan untuk bersalin..tapi kalau tak sempat,p je hospital goverment yg berdekatan..asal semuanyer selamat..aminnn...

Monday, September 5, 2011

Kali pertama beraya sebagai seorang isteri dan bakal ibu

entry kali ni takde gambar....

Alhamdulillah dah seminggu berhari raya..
hari ni dah start masuk keje..hihihihi..kat kampung mmg tak update blog la..nak buat camne..masa bersama yang tersayang terhad sgt2..so,fokuskan dulu pada yang lebih penting..hihihi..

Apepun sebelum terlambat iera dan suami nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin pada semua rakan2 yang sudi baca blog iera ni..
Tahun ni giliran beraya di rumah family suami..mmg sangat2 berbeza dengan persiapan rmh family iera.kalau sebelah family iera,malam raya tu la malam yg paling sibuk kami buat persiapan tp kat rmh family suami,takde persiapan papepun sebabnya esoknya selepas solat raya kami akan terus ke rumah nenek dan beraya kat sana.Tapi...disebabkan iera n suami satu daerah,lepas solat raya tu kami ke rumah family iera dulu..hahahaha..paling bestt..Lepas makan dan bersalam-salaman dengan family baru la kami bergerak ke rumah nenek suami semula..

Rumah nenek suami iera ni dikawasan kampung skit.banyak bukit2....so,iera mmg agak tak selesa la pada awalnye..bukan sebab iera ni duk kat bandar tp family mak n ayah iera mmg asal daripada keluarga disebelah pantai..Mula2 tu agak kekok/tak selesa la jugak..tp lepas duk kejap dan sembang2 dgn family/sedara mara suami dah mula rasa serasi..petang tu lak diorg ajak pergi mandi sungai..wahhhhhhh......mmg syok habis la..nak buat camne...sblm ni tak pernah mandi sungai lagi..(feel masa ni : mmg betul2 rase cam balik kmpg..cam yg kat dlm tv tu..balik kmpg n mandi sungai,,,syokkkk)hehehehee..tapi.....iera tak mandi pun..terpaksa duk kat tepi air je atas sebab2 keselamatan n keadaan perut yg makin membesar ni..tak berani la...biarpun dlm hati masa tu rasa nk terjun tiruk jer...sejuk sgt airnyer...jernih lak tu..sayangnye iera tak dpt nk snap gambar sbb henset rosak..camera lak tertinggal kat rmh..huhuhu..kat camera suami ada la skit gmbr2nye tp takleh tampal kat sini lak sbb ade sedikit sensorrr...

Tido rumah nenek smpai raya kedua,pagi2 tu ke kubur untuk ziarah kubur arwah atuk dan sedara2 yang lain..rupanye adat kat kampung nenek suami iera ni diorg akan adakan tahlil kat kmpg beramai..so,seme org akan bawak kuih sekali pagi tu..ada yang bawak buah,rendang,lemang,nasi n macam2 kuih lagi...lepas tahlil dan baca doa..kami ke kubur sedara untuk hadiahkan alfatihah dan lepas tu makan2 kat wakaf kubur tu..dah macam rupa kenduri dah..tp yg istimewanye kami dapat berkenalan dengan orang2 kampung kat situ.dah macam sedara sendiri dah..diorg semua baik2 dan ramah2..

raya ke 4 n 5,iera dan family iera ke kelantan sebab ada kenduri kawin sedara kat sana..jalan mmg jem la tp nk buat camne kan??huhuhuhuhuu..bile la kelantan nak ada highway kan?semoga highway kat tganu ni pun cepat siap..huhuhuhu..

raya ke 6,bertolak balik ke shah alam pkul 5 petang dan selamat tiba pada pukul 10.30 malam..alhmdulillah,perjalanan lancar walaupun takleh nak speed sbb banyak kenderaan jugak la malam tu..

nota : time kasih abg sebab datang jemput dan hantar syg..lepas ni kite g rumah nenek lagi yea..hihihi..seronok sgt2..tenang jer...

Wednesday, August 24, 2011

Check up bulanan Ogos 2011



Assalamualaikum dan Selamat Berpuasa..

Dah lama tak update blog...semoga rakan2 alam maya semua masih sudi menjenguk blog usang ni(dah usang sgt dah..insyaAllah,lepas ni iera akan rajin2 update blog ni)

Alhamdulillah dah masuk hari ke 24 kite berpuasa dan tak lama lagi dah nak raya..Dan yang paling hepi,skrg ni iera dah terlepas daripada alahan muntah2 teruk dan takleh bau makanan dan masak2 ni..alhamdulillah sgt2..Baby pun dah start gerak2 dalam perut..walaupun masih lagi kecil tp iera tak sabar nak menunggu tarikh kelahirannya..agaknye boy ke girl la yer?hihihihihi

Check untuk bulan Ogos ni sebenarnye dah masuk check up ke 3 iera pergi kat Poliklinik Shah Alam..Alhamdulillah,layanan nurse2 kat sana sangat baik dan mereka sgt terlatih..seawal jam 7.30 pagi iera tengok diorg dah start bekerja..sungguh berbeza di klinik2/hospital kerajaan yang lain yang iera pernah pergi sebelum ni.Tak yah sebut la nama hospital2 yang pernah iera pergi tu sbb mgkin diorg pun dah berubah dan lebih komited menjalankan tugas dan tanggungjawab yang digalas.

scr : mr.google

Check Up pertama (24/6/2011)

-Alhamdulillah ditemani suami.
-Hb = 13.5
-Berat = 54.8kg
-Tekanan darah = 86/65


Check Up keDua (27/7/2011)

-Suami di Terengganu
-Hb = 10.4
-Berat = 56kg
-Tekanan Darah = 98/60
-Ambik darah
-Check Air kencing
-Minum air gula..(kene pose tau..paling letih menunggu)

Check Up keTiga (24/8/2011)

-Suami di Terengganu
-Hb = 10.5
-Berat = 55.6 kg
-Tekanan Darah = 94/54
-Check air kencing dan ambk darah kat jari
-Check jantung baby (Alhamdulillah baby sihat..)

Next Check up 21/9/2011

-semoga Hb meningkat.

P/s : Nurse cakap kena makan vitamin c + iron,tapi bile iera makan iron..iera mesti akan muntah2 dan pening kepala sampai nak angkat kepala pun tak bleh..huhuhuhu

ape nak makan ni untuk tambah darah lagi??..

Note : Ya Allah,selamatkanlah anakku dan panjangkanlah usia anakku..aminn..

Monday, August 15, 2011

jangan lepaskan peluang kerja kat uitm..klik sini

IKLAN PERJAWATAN PENTADBIRAN KONTRAK UITM BIL 3 TAHUN 2011


Salam sejahtera
Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Teknologi MARA (UiTM)dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan kontrak (OS29000) di Kampus Shah Alam dan Cawangan bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

Staf UiTM berstatus kontrak/sementara dimana pelantikan dibuat melalui Jabatan Pengurusan Perjawatan UiTM, hendaklah memohon melalui sistem aplikasi atas talian ("On-line") di Portal I-Staf >> eProses & Sistem Sokongan >> ePengambilanStaf.

Untuk bukan staf UiTM, permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman web UiTM di http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan dibuat melalui sistem aplikasi atas talian ("On-line") sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.

Permohonan boleh mula dibuat mulai 12 Ogos 2011, Jumaat.

Tarikh tutup iklan dan membuat permohonan adalah pada 27 Ogos 2011, Sabtu.

Butiran lengkap berhubung iklan terbabit adalah seperti yang dilampirkan.


Sekian, terima kasih.

Bahagian Pengurusan Perjawatan
Pejabat Pendaftar
UiTM Shah Alam

Tuesday, July 19, 2011

Mana yang lebih baik??


urm..sekarang ni kandungan dah masuk 13 minggu dan dah buat kad kat klinik kerajaan dan klinik panel.Tapi tak tahu nak check up kat mana.Yang mana satu lebih bagus erk?
Kalau nak ikutkan bersalin nanti insyaAllah nak pilih speacialist.
Huhuhu..tak tahu nak buat keputusan.kawan2,tolong la bagi pandangan.

Wednesday, July 13, 2011

Layanan "Terhebat" di Hospital Kerajaan.

warning : entry kali ni agak panjang lebar,sila baca dengan penuh kesabaran..ngeee...:)

Dah lama tak bersiaran diblog yang dah hampir usang ni dek kerana kuasa malas menguasai diri iera semenjak dua menjak ini..Tapi kali ni betul2 ada cerita yang rasenya patut dikongsikan dengan kawan2.Bukan nak memburukkan nama institusi ni tapi hanya nak beri respon atas layan yang sangat2 'Berbudi bahasa'nya itu kepada rakyat2 malaysia dibumi terchenta ini.

Ini cerita minggu lepas punya,masa tu,iera balik kampung (takyah cite la kat mana kampung iera,kalau yang dah tahu tu takpela sebab cite2 camni bukan hanya berlaku dikampung iera je,iera rase kat mane2 pun berlaku).Isnin lepas hajat hati cuma nak temankan mak iera ke hospital untuk sambung ubat kencing manis dan darah tingginya je tp pagi2 tu iera dah mula rasa pening kepala dan asyik muntah..makan muntah,makan muntah..sakit perut ni..(ayat sedih mak masa tu : "camni la keadaan seorang ibu untuk dapatkan seorang anak..sakit pening,muntah dan lemah tetap ditanggung seorang diri..anak,bila dah besar dah tak nak dengar cakap ibu")huhuhuhuhu..sedihnye hati..rase nak je cium2 dan dakap ibu disebelah tu tp masa tu kat hospital..malu seh..hihihihi..

Seawal 7.45 pagi kami dah masukkan kad kat tempat registration tu dulu..mak cakap letak je kad tu,nanti jumpa doktor sekali.sebab sepanjang pragnent,iera tak pernah lagi jumpe doktor kat hospital kerajaan ni (kata orang,kadang2 check up kat hospital kerajaan ni lagi detail daripada klinik panel).So,iera pun letakkan jugaklah kad tu kat dalam box registration sebab kalau nak balik rumah pun tak larat jugak.kepala asyik pening je.

Tunggu punya tunggu sehingga pukul 12.00 tghri nama kami tak dipanggil2..sama gak dengan mak cik2 dan pakcik2 yang kat luar tu.rupanya seramai2 orang sakit kat situ cume ada sorang doktor jer.aduhaiii..maunye tak lama menunggu..kesian pak cik2 n mak cik2 ni tunggu lama.Dalam hati masa tu,pukul 1 nanti dah waktu rehat,doktor mesti nak kuar makan dulu..alaaa..takkan pkul 2 kena datang lagi kot..adusss...tiba2 no.giliran iera pun dipanggil jugak la...

ni dialog yang sangat2 "berbudi bahasa" tu berlangsung ;

doktor : ha..ni sakit ape?nurse takde tulis apa2 pun.
iera : aik..biar betul,tapi tu bukan kad saya doktor.
doktor : ahmad ... ni bukan nama awak ke?
iera : %^^$!@@#@$ (dalam hati),tu nama orang laki la doktor..saya perempuan..

tiba2 nurse depan doktor tu gelak..:hihihi..tu kad pesakit tadi la doktor.saya terlupa..

iera : Oooo..tak sengaja..takpe la..(dalam hati)
doktor : haa..awak ni sakit ape?
iera : saya ni pragnent doktor,saya datang sini ni sebab dah tak tahan asyik muntah2 dan
pening kepala sangat2.
doktor : Ni dah kawin ke belum (nada kuat)
iera : Dah la doktor..
doktor : Bile?(nada masih lagi kuat dan dah makin kurang sopan)
iera : bulan sebelas tahun lepas
doktor :habis tu mane suami awak?kenapa datang dengan mak je?

situasi mak iera masa tu juz terdiam jer(maybe terkejut orang tya anak die camtu)

iera : suami saya keje,nung duk kat dalam hutan tengah cari rezeki.saya datang je la
dengan mak saya.(dalam hati dah start bengang)
doktor : habis tu awak nak buat ape datang hospital?
mak iera : die tu asyik pening kepala dan muntah2..tengah alahan kuat lagi..
kalau leh doktor bagi la die mc sebab suami die kena masuk site sampai minggu depan
takleh nak hantarkan die pergi ke shah alam nak keje.
doktor : jawatan ape?
iera :dalam hati (ehh..ehhh doktor ni perlu ke nak tahu jawatan aku).PPTM..
penolong pegawai teknologi maklumat.
doktor :hmmm..nak berapa hari?
mak iera : ikut doktor la,agak2 leh bagi berapa hari..tengok keadaan die la ok ke tak dan
nak tanya kalau dalam keadaan camni boleh ke nak drive jauh2?
doktor : boleh..apsal takleh lak?kalau takleh drive naik je la bas.
iera : doktor,kalau tak pragnent pun saya muntah bile naik bas tu,ni kan pulak la tengah
pragnent.saya datang ni bukan nak mintak mc je semata-mata..saya nak check..
kalau tak leh nak check pun bleh tak bagi apa2 ubat yang bleh kurangkan pening
kepala dan muntah saya ni?
doktor : nak bagi ubat ape?
iera : dalam hati (aku ke die doktor?)
doktor :saya bg awak mc 2 hari je dan bagi ubat tahan muntah dan gastrik.
nnti boleh la awak drive balik ke shah alam
iera : saya nak tanya la doktor,ubat tahan muntah ni akan menyebabkan pening kepala
tak?sebab sebelum ni saya ada ambik ubat tahan muntah ni tapi lepas makan tu saya
rasa pening sangat2 dan muntah balik ubat tu.ubat gastrik tu pun sama.
doktor :ubat muntah ni mane ada buat awak rasa pening.biasa la tu,awak kan pragnent.
orang pragnent memang selulu rasa penig.
iera :oooo..

tiba2 doktor tu gerak ke belakangkan sikit kerusi die.

iera : eh..doktor pun pragnent ke?
doktor :ha'aaa..
iera : Ooo..patut la..time kasih doktor.

sampai kat kaunter ubat..

ahli farmasi : puan,ni ubat puan yer..puan ada muntah2 ke?
iera : yer..saya sebab saya pragnent.
ahli farmasi :Ooo..kalau boleh puan jangan makan sangat ubat ni yer.makan bila perlu je sebab
ubat ni leh menyebabkan puan rasa pening kepala nanti.
iera : Lorrrr...

Tiba-tiba rasa nak tengok nama doktor tu kat slip MC yang die bagi..

nama masih ditulis dengan pen,..(mungkin doktor baru)
sebab rasanya kebanyakkan doktor memang dah ada cops nama siap dengan jawatan masing2.
so,anggap je la dokrot ni masih baru dalam bidang ni.

(hati jahat : doktor baru je pun,dah nak berlagak..ngeh..ngeh..ngehh(bertanduk..))


Nota : bukan nak cari salah sesiapa,kalau ye pun boleh tak berbudi bahasa.dalam situasi ni saya tak salahkan semua pihak hospital..cuma doktor tu sorang je yang saya rasa perlu pergi kursus untuk berbudi bahasa..sama-sama lah kita berbudi bahasa yer.

Thursday, June 30, 2011

Menunggu (Aishiteru)

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…

*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru

Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali

kembali ke *)

Monday, June 20, 2011

Kenapa dah lama tak update blog???

Kenapa??
Sebabnya buat masa ni iera betul2 takde idea dan perasaan malas nak berfikir sedang bergabung menjadi satuuuu (1)..
Sekarang ni duk melayan pening n mabuk jer..badan pun dah rase lesu..nak mengupdate blog pun jadi malas..tp mengintai blog2 kawan sungguh rajin..syok je tgk blog kawan2 yang lain..tp kenapa saya berperasaan terlalu malas yer?padahal ade je cerita yang nak dikongsikan tp ????urm....tak tahu laaa...
note : mengomel sorang2 dalam hati..

Tuesday, May 31, 2011

Lapar..Lapar..dah Lapar Lagi..


Tolong laaa....kenapa asyik lapar sangat ni???baru je 5 minit td makan,lapar lagi...padahal rasenye tak berhenti2 lagi menguyah ni..kadang2 makan nasi je jadi nak muntah.,.tapi kadang2 nak sgt makan nasi..macam2 dah makan ni..dah tahu nak makan camne dan nak makan ape lagi..
Tolonglah kawan2ku sekalian yang ade pengalaman tu kongsi kat sini dan mungkin kalau2 yang ada resepi2 best waktu pragnent tu berkongsi disini..Anak saya ni kuat makan agaknya(dan..dan..baby jugak dapat nama.hihiihi)
Pastu nak tanya dalam masa 2, 3 bulan ni memang tak boleh nak mengurut ke?Bahu ni asyik terasa berat je..angin satu badan..hampir setiap malam terjaga sebab dari aras pinggan hingga kaki kanan dan peha kiri jadi cramp..nak sapu ubat kat perut n pinggang takut takleh sebab mak cakap takut nanti baby panas..so,iera sapu je la kat betis..(kadang2 nangis gak sebab sakit sgt tapi mata tetap pejam sebab ngantuk..hihihi)

Thursday, May 26, 2011

Lelong Tiket Masuk Ke Sunway Lagoon.


Ni la Akibat tak plan awal2.Alkisahnya 28 May ni kami nak berpindah.So,memang tak dapat la nak pergi bersuka ria kat Sunway Lagoon ni.akhirnya membazir je tiket ni..So,kepada sesiapa yang berminat leh la hubungi iera.Kami Jual RM50 Satu Tiket..ade Dua(2) tiket.

Tak pernah masuk lagi Sunway Lagoon ni..So,tak reti sangat nak citer..kat tiket ni tulis For All PARKS..

Waterpark + Amusement Park + Wildlife Park + Extreme Park + Scream Park.

Valid On 28 May 2011..

Siapa Cepat,die dapat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...